Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Saturday, October 3, 2009

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2009 PEMBAYARAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DISEDIAKAN KEMUDAHAN PERU

JPA (S)2760/10 Klt.14 Siri No.
KERAJAAN MALAYSIA

TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan membayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang disediakan kemudahan perumahan tetapi rumah tersebut tidak dianggap sebagai Rumah Kerajaan di kawasan pedalaman.
LATAR BELAKANG
2. Peraturan semasa menetapkan bahawa pegawai Perkhidmatan Awam yang disediakan kemudahan perumahan Kerajaan tidak dibayar ITP.
3. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kawasan pedalaman disediakan kemudahan perumahan yang mana
1
tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai Rumah Kerajaan dan tidak dibayar ITP.
PELAKSANAAN
4. Pembayaran ITP kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang disediakan kemudahan perumahan tetapi rumah tersebut tidak dianggap sebagai Rumah Kerajaan dilaksanakan seperti berikut:
a. hanya melibatkan kemudahan perumahan di kawasan pedalaman. Penentuan kawasan pedalaman adalah sepertimana yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 dan pindaannya dari semasa ke semasa;
b. kemudahan perumahan yang disediakan itu tidak menepati kriteria perumahan Kerajaan sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri iaitu:
i. sesebuah rumah yang dijadikan Rumah Kerajaan di kawasan pedalaman hendaklah diperolehi atau dibina dengan peruntukan Kerajaan; dan
ii. diselenggara oleh Kerajaan; dan
iii. mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna.
c. sebarang keraguan berhubung definisi Rumah Kerajaan seperti yang dijelaskan di perenggan 4(b) di atas, boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri; dan
d. kadar ITP adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Surat Pekeliling 2
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2004, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan pindaannya dari semasa ke semasa.
TARIKH KUAT KUASA
5. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.
PEMAKAIAN
6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(TAN SRI ISMAIL ADAM)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
20 Mei 2009
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiauasaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
3

1 comment: