Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH
Pada awal tahun 1960 an, kawasan ini yang mempunyai keluasan kira-kira 40 km persegi dan mempunyai tiga buah sekolah yang bertaburan mengikut kedudukan tiga buah rumah panjang masyarakat Iban.

Rumah Panjang Punggu ada sebuah sekolah, Rumah Panjang Bait mempunyai sebuah sekolah dan di Rumah Panjang Kara ada sebuah sekolah lagi.

Namun ketiga-tiga buah sekolah menghadapi masalah yang sama iaitu masalah tidak cukup bilangan murid yang berdaftar. Untuk mengatasi masalah ini, penduduk di ketiga-tiga kawasan ini sepakat untuk menutup sekolah di kawasan masing-masing.

Sebagai ganti, mereka setuju mewujudkan sebuah sekolah baru yang kedudukannya di tengah-tengah kawasan ketiga-tiga buah rumah panjang yang memudahkan semua orang sampai ke sekolah.

Secara rasminya pada tahun 1968, Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin pun ditubuhkan. Sekolah ini terletak di atas sebuah bukit. Ia membawa maksud “Munggu” dalam bahasa Iban. Di tengah-tengah “Munggu” ini ada serumpun “pohon Bringin” yang besar. “Bringin” dalam bahasa Iban ialah sejenis kayu. Maka dengan itu, wujudlah nama “Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin”.


MANDAT, MISI, VISI, SLOGAN DAN MOTO SKMB

Mandat
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan
  • Akta Pendidikan 1996
  • Pekeliling Ikhtisas
  • Perintah Am
  • Arahan Perbendaharaan
  • Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman.

MISI
Warga Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin akan merealisasikan visi sekolah melalui:

  • Berusaha bersungguh–sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik.
  • Memantapkan budaya kerja yang cemerlang.
  • Mewujudkan displin yang baik dan budaya berdikari yang tinggi di kalangan murid
  • Penglibatan yang menyeluruh dalam bidang ko-kurikulum
  • Mengamalkan pengurusan yang baik dan cekap
  • Penglibatan PIBG secara menyeluruh
  • Menwujudkan persekitaran yang kondusif
  • Mewujudkan kerjsama yang baik sesama guru, sekolah-sekolah yang berdekatan atau agensi-agensi kerajaan atau swasta yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum

Analisis Misi
  • Tujuan : Memberi pendidikan berkualiti
  • Kepada siapa : Murid
  • Hasil akhir yang diingini : Modal Insan yang cemerlang
  • Bagaimana dilaksanakan : Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

VISI SK MUNGGU BRINGIN

"SK Munggu Bringin Cemerlang Pada Tahun 2010"

Huraian Visi

Tujuan:
Menjadi sekolah cemerlang dalam aspek-aspek berikut:
  • Kurikulum
  • Hal-Ehwal Murid
  • Ko-kurikulum
  • Perkembangan Staf
  • Hubungan komuniti

MISI SK MUNGGU BRINGIN

Warga Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin akan merealisasikan visi sekolah melalui:

  • Berusaha bersungguh–sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik.
  • Memantapkan budaya kerja yang cemerlang.
  • Mewujudkan displin yang baik dan budaya berdikari yang tinggi di kalangan murid
  • Penglibatan yang menyeluruh dalam bidang ko-kurikulum
  • Mengamalkan pengurusan yang baik dan cekap
  • Penglibatan PIBG secara menyeluruh
  • Menwujudkan persekitaran yang kondusif
  • Mewujudkan kerjsama yang baik sesama guru, sekolah-sekolah yang berdekatan atau agensi-agensi kerajaan atau swasta yang lain untuk meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum

Nilai Murni
  • Mengamalkan
  • Displin diri
  • Kesyukuran
  • Ikhlas
  • Kasih sayang
  • Setia
  • Rasional
  • Amanah
  • Keadilan
  • Bertanggungjawab
  • Keberanian
  • Komited
  • Hemah tinggi
  • Jujur
  • Berdikari
  • Muafakat & Semangat bermasyarakat
  • Pegangan Agama sebagai panduan hidup

Slogan

“Together Towards Excellence”

“Bersama Ke Arah Kecemerlangan”


Moto

“Go Ahead, Stay Ahead”

SK Munggu Bringin akan maju dalam bidang Akademik dan Kokurikulum dengan pengurusan yang inovatif dan kerjasama yang mantap dikalangan guru dan kakitangan.



LOGO SEKOLAH
 
PENGERTIAN LOGO

Bentuk bulat - Jalur kegemilangan melambangkan visi.

Nyalaan Api - Puncak kejayaan sasaran atau destinasi dalam bidang pendidikan.

Buku - Sumber ilmu pengetahuan dalam bidang akademik.

Obor - Pingat kejayaan dalam kegiatan kokurikulum.

Bulat di tengah - Nilai murni dan taat kepada Tuhan.

Warna Hijau - Keunggulan serta teguh, kukuh, segar dan lambang keimanan.


LAGU SEKOLAH

SK MUNGGU BRINGIN GEMILANG

PADA MU KAMI KINI BERIKRAR
BELAJAR BERDISIPLIN BERBAKTI
BERJUANG DALAM SATU PASUKAN
MENGHARUMKAN NAMA MU


MENJADI PELAJAR RAJIN, BERTANGGUNG JAWAB
BANGSA BERWIBAWA DAN BERGUNA
CEMERLANG DALAM SEGALA LAPANGAN
MODAL INSAN YANG BERHARGA


GURU BERDIDIKASI BUAT MU
KORBAN DIRI DENGAN HASRAT
SK MUNGGU BRINGIN PASTI BERJAYA
SK MUNGGU BRINGIN BERJAYA
KE ARAH KECEMERLANGAN


LATAR BELAKANG WARIS

Bil. Rumah Panjang Pekerjaan Waris
1 Bait Atas Petani
2 Empili Baruh (1) Petani
3 Empili Atas Petani
4 Empili Baruh (2) Petani
5 Empili Tengah Petani
6 Empelanjau Petani
7 Empelanjau Lani Petani
8 Punggu Dadak Petani
9 Punggu Jinggau Petani
10 Punggu Mawang Petani
11 Punggu Anchau Petani
12 Punggu Tinting Petani
13 Punggu Tengah Petani
14 Punggu Tapang (Pilit) Petani
15 Punggu Tapang (Stephen) Petani
16 Ran Petani
17 Kara Asal Petani
18 Kara Tinting Petani
19 Kara Batu Jagu Petani
20 Kara Bangunan Petani
21 Batu Anchau Petani
22 Sri Aman Guru