Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Wednesday, September 30, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS SK PANTU -1 (29.09.2009)




LAWATAN PENANDA ARAS SK PANTU -2 (29.09.2009)



Bola Sepak Piala Perak (1)






Kerja-kerja menaik taraf padang bola untuk Pertandingan Bola Sepak 11 Tahun Ke Bawah Piala Perak anjuran Yayasan Sarawak dan JPN Sarawak sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak sedang giat dijalankan. Kelihatan En. Mohd. Saiful dan En. Saih sedang membuat garisan padang dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar Tahun 6.

SK Munggu Bringin dipilih sebagai tempat berlangsungnya pertandingan tersebut. Ia merupakan pertandingan peringkat Bahagian Sri Aman dimana terdapat 6 zon yang akan bertanding untuk mewakili PPD Sri Aman pada kejohanan peringkat negeri nanti. Zon-zon tersebut ialah Pantu, Sri Aman, Lingga, Lubuk Antu, Engkilili dan Undup.

Pertandingan ini akan berlangsung pada 7 dan 8 September 2009.

GEDUNG ILMU BERGERAK




Kenderaan yang dijadikan perpustakaan bergerak yang memberikan perkhidmatannya 2 minggu sekali sedia untuk memberikan khidmat baktinya.
Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sri Aman.


Pelajar-pelajar SKMB sedang berbaris menunggu giliran dengan penuh kesabaran. Perkhidmatan perpustakaan bergerak ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dan dapat menanam minat membaca dikalangan pelajar.






Kelihatan Cikgu Maureen sedang berbual dengan pegawai perpustakaan.















Suasana yang menceriakan.

Menjamu Selera Semasa Waktu Rehat (28.09.2009)



Guru-guru sedang menjamu selera semasa rehat. pada waktu beginilah kami dapat berkumpul sambil makan dan berbincang mengenai topik pendidikan dan juga isu-isu semasa. maklumat-maklumat terkini dari PPD juga dapat disampaikan untuk perhatian guru dan staff.

Monday, September 28, 2009

Zon Pantu 2009

Zon Pantu mewakili 11 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Munggu Bringin, SK Selanjan, SK St. Martin, SK St. Leo Gayau, SK Pantu, SJK (C) Chung Hua Pantu, SJK (C) Chung Hua Bangkong, SK Jaong, SK Keranggas, SK Abok dan SK Aping. Pengerusi Zon sekarang ialah En. Isa Bin Reff

Gambar Kenangan Staff SK Munggu Bringin 2008

Guru

Mildred Sakup, Jata Jaul, Linjing Jack, Zaidi othman, Maureen Sherit, Dyg. Norharyani, Senia Chundi
Inting Nyameng, Yunus Padzil, Harry Galang, Isa Reff, Ului Anyi, Sari Rantai, Rid Musheh



Staff SokonganRoslina shamsudin, Mohd. Saiful, Salbiah Hamdan
Kathy David, Norwati Abas, Isa Reff, Corinna Nor, Katherina Azimah

SRI AMAN (2)

SRI AMAN: Bandar Sri Aman boleh diiktiraf sebagai bandar bersejarah ekoran pelbagai kejadian berkaitan dengan perjuangan rakyat tempatan menentang penjajah Inggeris dan anasir komunis. Sri Aman yang dulu dikenali sebagai Simanggang, pernah menyaksikan pelbagai rentetan peristiwa berdarah mahupun usaha damai melalui perbincangan untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara. Pada tahun 1843, seorang panglima suku Iban bernama Rentap mengetuai serangan terhadap kubu pertahanan Kubu James yang dibina penjajah Inggeris, James Brooke di muara Sungai Skrang yang terletak sekitar 20 kilometer dari Sri Aman. Walaupun gagal menakluki Kubu James kali ini, tiga pertempuran beliau dengan Brooke dalam tempoh 18 tahun kemudian berjaya mengangkat nama beliau sebagai pejuang Sarawak. Kubu James selepas itu terbiar dan pentadbiran Brooke berpindah ke Kubu Alica yang terletak di pusat bandar Sri Aman dan masih dalam keadaan elok. Kira-kira 14 tahun kemudian, Rentap sekali lagi melancarkan serangan bersama bala tenteranya yang terdiri daripada 3,500 Iban dan 500 Melayu terhadap Brooke di Bukit Sadok yang terletak di sempadan Sri Aman dan Betong. Dalam pertempuran bersejarah itu, Brooke terpaksa berundur dan begitu juga dalam dua lagi pertempuran lain dengan Rentap di lokasi sama pada tahun 1858 dan 1861. Penukaran nama Simanggang kepada Sri Aman pada tahun Oktober 1973, juga berkaitan dengan kejayaan pemerintah negara ini untuk memujuk mereka yang menyertai anasir komunis untuk menyerah diri. Hasil perbincangan secara aman Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yaakub yang mewakili Perdana Menteri pertama Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dengan pemimpin Parti Rakyat Kalimantan Utara (Paraku), Bong Kee Chok, berjaya memujuk ribuan anggota komunis untuk menyertai masyarakat. Peletakan senjata komunis ketika itu termaktub dalam Deklarasi Sri Aman yang membawa makna bahawa Sarawak benar-benar bebas daripada ancaman anasir berkenaan. Sejak itu, Simanggang juga dikenali sebagai Sri Aman bagi mengingati peristiwa bersejarah itu. Selain itu, Sri Aman juga istimewa kerana ia tempat tinggal satu-satunya pahlawan negara Sarjan (B) Kanang anak Langkau, yang pernah menerima anugerah tertinggi iaitu darjah kebesaran Pingat Gagah Berani dan Sri Pahlawan.

Bekas perajurit yang berasal dari Kanowit kini menetap di sana bersama enam anak beliau serta cucu. Selain kaya dengan sejarah silam, Sri Aman juga mempunyai daya tarikan lain misalnya fenomena benak iaitu air sungai berombak yang hanya berlaku di beberapa lokasi di dunia. Kejadian alam itu membabitkan ombak sungai setinggi hampir tiga meter itu dapat disaksikan sekitar bulan April setiap tahun. Tempat menarik lain termasuk Taman Negara Batang Ai dan rumah panjang kaum Iban yang dikatakan berusia ratusan tahun. Sri Aman mempunyai banyak daya tarikan terutama dari segi sejarahnya. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengiktirafkan Sri Aman sebagai bandar bersejarah Sarawak. Pengiktirafan itu sesuai seperti mana yang pernah diberi kepada Melaka, selain mampu menarik minat pencinta sejarah tempatan dan pelancong asing. "Lagipun Sri Aman tiada identiti khas seperti bandar lain misalnya Miri yang dikenali sebagai bandar minyak atau Bintulu pula bandar gas asli,"

SRI AMAN (1)

Buaya dan Benak di Batang Lupar; Keunikan Bahagian Sri Aman

Peta pentadbiran Bahagian Sri Aman

Sejarah

Sebelum pengisytiharaan Daerah Betong sebagai sebuah Bahagian yang kesebelas pada 26 Mac 2003, Bahagian Sri Aman mempunyai empat daerah: Daerah Sri Aman, Lubok Antu, Betong dan Saratok serta sembilan daerah Kecil: Daerah Kecil Pantu, Lingga, Maludam, Engkilili, Spaoh, Debak, Pusa, Roban dan Kabong.

Setelah Betong diisytiharkan sebagai Bahagian baru, sekarang bahagian Sri Aman hanya tinggal dengan dua daerah iaitu Sri Aman dan Lubok Antu dan tiga daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Pantu, Lingga dan Engkilili.

Bahagian Sri Aman mempunyai keluasan kira-kira 6,184.1 kilometer persegi yang diliputi oleh kawasan tanah rata dan berbukit. Bandar Sri Aman terletak kira-kira 193 kilometer ke timur Bandaraya Kuching

Bahagian Sri Aman mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Iban , Melayu , Bidayuh , Melanau , Cina

Pejabat Residen Sri Aman secara rasminya ditubuh pada 1.6.1873 dan bertempat di tingkat atas Kubu Alice. James Brooke Crookshank dilantik sebagai Residen pertama Simanggang (nama lama Sri Aman). Kewujudan Pejabat Residen di Simanggang menandakan kekuasaan Kerajaan Negeri di kawasan tersebut ketika itu.

Menurut cerita Simanggang mendapat nama kononnya daripada seorang Pedagang Cina yang bernama Ah Song yang menjual barang keperluan menggunakan perahu di persekitaran penempatan Batang Lupar. Penduduk tempatan memanglah mengguna bahasa tempatan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dengan demikian pedagang Cina ini juga berusaha menggunakan bahasa tempatan setakat yang termampu. Pada satu hari datanglah seorang Iban dari Batang Ai yang hendak berjumpa dengan Ah Song yang sudah lama tidak berkunjung ke tempat mereka. Lalu bertanyalah seorang Iban tersebut kepada kawan karip Ah Song:

“Dini alai Ah Song” Tanya beliau.

" Udah Si Manggang” jawabnya sambil bergurau.

Dalam bahasa Cina ‘Si’ bermaksud ‘mati’ dan dalam bahasa Iban pula ‘manggang’ (magang) bermaksud ‘semua’. Jadi ‘Si Manggang’ bermaksud sudah ‘mati semua’. Ringkasnya selepas itu apabila mereka hendak berjumpa dengan Ah Song mereka akan memberitahu bahawa mereka hendak ke tempat yang bernama Simanggang.

Bandar Sri Aman Lama

Pemandangan udara di Bandar Sri Aman

Bandar Simanggang ditukar nama dengan secara rasminya kepada Bandar Sri Aman berikutan dengan peristiwa yang bersejarah iaitu Deklarasi Sri Aman. Peristiwa yang berlaku pada 21.10.1973 ini telah menyaksikan termeterainya satu perjanjian keamanan di antara Kerajaan Sarawak dengan pihak Komunis Sarawak, yang menamatkan penentangan bersenjata oleh pihak komunis di sini.

Ekonomi

Pertanian dan perikanan merupakan sektor yang amat penting di bahagian ini kerana bahagian ini tidak mempunyai sumber asli seperti gas, minyak dan sebagainya.

Namun begitu sumbangan daripada sektor perhutanan juga kian berkurangan. Oleh itu kegiatan peladangan kelapa sawit, penanaman padi dan perusahan perikanan darat adalah aktiviti yang amat penting untuk bahagian ini. Jenis tanaman lain yang diusahakan penduduk di sini adalah getah, lada kelapa, Sagu dan koko.

Ladang Kelapa Sawit

Peladangan kelapa sawit mula diusahakan oleh SALCRA di Lubok Antu pada tahun 1976, dan kini pihak SALCRA telah menanam kawasan seluas 11,347 hekta (ha) dalam 4 buah ladang. SALCRA juga telah mengusahakn penanaman getah di kawasan seluas 1053 ha di Skim Penempatan Semula Batang Ai.

Selain itu rancangan untuk memajukan Tanah Adat Bumiputera (NCR) seluas 300,000 ha di Undup dan Bukit Bangunan telah diluluskan. Pihak Swasta juga akan mengusahakan penanaman kelapa sawit di pelbagai kawasan seluas 23,305 ha. Usaha untuk menanam padi dan sago oleh pihak swasta dirancangkan. Sebuah kilang yang mempunyai keupayaan 90MTFFB/HR kepunyaan SALCRA telah pun beroperasi di Lubok Antu .

Empangan hidro elektrik Batang Ai mampu menghasilkan 92 megawat kuasa elektrik bagi keperluan negeri Sarawak

Hidroelektrik Batang Ai

Lubok Antu, Pusat Pentadbiran Daerah telahpun menikmati rangkaian jalan raya yang baik ke bandar-bandar yang lain di Sarawak. Di samping itu bandar ini bakal menjadi sebuah bandar sempadan seperti Tebedu yang akan mengendali aktiviti kawasan sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Lubok Antu terletak hanya 16 km dari sebuah penempatan yang dikenali sebagai Badau di Kalimantan. Ini akan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di daerah tersebut. Berdekatan dengan Bandar Lubok Antu terdapat sebuah empangan hidroelekterik yang pertama di Sarawak, Hidroeletrik Batang Ai.

Empangan Hidroelektrik Batang Ai boleh menjana kuasa sebanyak 92 megewatt untuk menampung keperluan elektrik domestik dan disalurkan ke seluruh negeri Sarawak. Perlaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan tersebut telah “menghalau” kemiskinan dan kemunduran daripada mencengkami dan menghantui penduduk di situ.

Kawasan Stumbin/Bigat/Lingga/Banting di Daerah Sri Aman yang meliput kawasa seluas 7,000 ha sedang dikaji untuk penanaman padi dengan kaedah Mechanisation.

Di samping perancangan dan pembangunan pertanian di atas, perusahaan aquakultur sedang juga diusahakan. Di Batang Ai perusahaan pembiakan ikan dalam sangkar telah diusahakan dan pada tahun 2001.

Perusahaan kolam udang harimau juga telah diusahakan di Daerah Kecil Lingga oleh pihak swasta di samping usaha untuk membiak baka ikan Terubok juga terdapat di Lingga.

Pusat Pertumbuhan Desa

Dua kawasan sedang dikaji untuk dicadang sebagai Pusat Pertumbuhan Desa. Kawasan –kawasan tersebut adalah di Nanga Kasit/Engkari di Daerah Lubok Antu dan Seduku/Stumbin/Tanjung Bijat di Daerah Sri Aman. Kalaulah cadangan untuk kedua-dua kawasan ini diluluskan, pembanguanan di pusat-pusat tersebut akan lebih pesat.

Tebingan sungai menjadi tarikan pengunjung khususnya di hujung minggu

Tarikan dan Pelancongan

Pesta Benak

Bandar Sri Aman terkenal dengan fenonema “Benak “satu kejadian semulajadi yang menakjubkan. Benak atau ombak besar yang mengalun membawa air pasang di Batang Lupar boleh dilihat mengikut tarikh catatan ‘paras air tinggi’ di dalam Sarawak Government Almanac. Seiringan dengan fenomena Benak, Pesta Benak telah diadakan di Bandar Sri Aman mulai tahun 2000.

Buaya Ganas-Bujang Senang

Batang Lupar adalah sebatang sungai yang terbesar di Bahagian Sri Aman, ia bukan sahaja terkenal kerana fenomena Benak tetapi juga kerana ia dihuni oleh ‘buaya ganas’ yang dikenali sebagai Bujang Senang. Sejak tahun 1941 Bujang Senang dipercayai telah mengorban 28 nyawa. Walaupun usaha untuk memburu Bujang senang dilakukan, dia tetap bersembunyi di Batang Lupar dan kekal menjadi satu misteri sihingga ke hari ini.

Tinggalan Sejarah

Kubu Alice

Dahulu Kubu Alice dikenali sebagai Kubu James sempena dengan nama Sir James Brooke, Rajah Sarawak yang pertama. Kubu James ini dibina di Sekrang kira-kira lima batu ke hulu Bandar Sri Aman. Selepas Peperangan Beting Maro dan tambahan pula tapaknya di Sekrang sering mengalami banjir, maka Kubu James dipindah ke lokasi yang baru di Bandar Sri Aman pada 1864. Pada Tahun 1870 nama Kubu James ditukar kepada Kubu Alice sempena dengan nama Pemaisurinya Margeret Alice.

Pejabat Residen ditubuhkan pada 1 Jun 1873 dan bertempat di tingkat atas Kubu Alice. Terdapat satu amalan yang amat dipatuhi selama seratus tahun sehingga Sarawak mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia. Amalan tersebut adalah satu teriakan dibuat pada setiap pukul lapan malam apabila Residen hendak makan malam. Anggota keselamatan yang berkawal di situ akan memukul gong tepat jam lapan malam dan jambatan sorong pun di tarik balik. Teriakan mereka:

“Oh Ha! Oh Ha! Oh Ha!”

“Jam sudah pukul lapan. Tangga sudah ditarik. Pintu sudah ditutup.

Orang dari Hulu, Orang dari Hilir, tidak dibenarkan naik ke kubu lagi”

Penempatan semula kubu Alice ke Simanggang telah memperkuatkan lagi kedudukan Raja Brooke di kawasan Batang Lupar kerana ia adalah lokasi yang strategik untuk mengawal pergerakan dari sungai Sekrang dan Batang Ai dan juga dijadikan pusat pentadbiran. Para Pentadbir yang ditempatkan di Kubu Alice terdirilah daripada seorang pegawai tempatan (Native Officer) yang juga ketua tempatan yang berpengaruh di samping setia kepada Rajah dan juga anggota separa tentera.

Pada 1.6.1873 Pemerintah Rajah Brooke telah menubuh tiga Residensi: Residensi Pertama (Bahagian Kuching) Residensi Kedua (Bahagian Sri Aman) dan Residensi Ketiga (Bahagian Sibu). Residensi Kedua telah ditempatkan di Kubu Alice sebagai pejabatnya.Penubuhan Kubu dan Pemerintahan di Simanggang amatlah berkesan untuk menamatkan pemberuntakan di kawasan Batang Lupar. Sehubungan dengan itu dua Perjanjian Damai Dayak yang bersejarah telah pun diadakan pada 4 Ogos 1920 dan juga pada 1 Februari 1924.

‘Benak’ antara produk pelancongan yang terdapat di sini yang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri

Rumah Sri Aman

Bangunan kedua bersejarah di Bandar Sri Aman adalah Rumah Segi-Lapan dan kemudian namanya diubah kepada Rumah Simanggang dan akhirnya diubah kepada Rumah Sri Aman pada 19.3.1974 sempena dengan Deklarasi Sri. Perjanjian tersebut telah dimenteraikan di bangunan ini. Sebagai memperingati peristiwa tersebut ,bangunan ini dinamakan Rumah Sri Aman.

Pengangkutan

Melalui rangkaian jalan raya yang baik dari Bandaraya Kuching ke Bandar Miri, Bandar Siri Aman boleh dihubungi oleh bandar-bandar lain di Sarawak. Bahagian Sri Aman juga mempunyai rangkaian jalan raya dalaman yang baik yang menghubungkan bandar ini dengan bandar dan pekan lain dalaman bahagian. Dengan rangkaian jalan raya yang baik, pengangkutan darat amatlah penting untuk Bahagian Sri Aman. Pengangkutan air melalui Batang Lupar misalnya, sering menemui pelbagai halangan seperti sungai yang cetik, alunan ombak benak yang merbahaya kepada perahu-perahu.

Pendidikan

Bahagian Sri Aman mempunyai 42 buah sekolah rendah, 6 buah sekolah menengah.

Bandar Sri Aman

Pengecilan kawasan Bahagian Sri Aman disebabkan pembentukan Bahagian Betong akan memudahkan dan mempercepat pembangunan di kedua-kdua bahagian

Bagi Bahagian Sri Aman, Pembangunan Tanah khasnya peladangan kelapa sawit oleh sektor awan dan swasta akan meningkatkan dan merangsangkan pembangunan bahagian di samping boleh menjana aktiviti ekonomik sampingan.

Bandar Sri Aman akan meniknmati kadar pertumbuhan yang agak cepat seandainya Bandar ini tidak lagi di lencongi (by-pass) oleh rangkaian jalanraya utama yang menhubungi Bandar-bandar lain di negeri Sarawak

Meskipun kawasan Bahagian lebih kecil, Pentadbiran dan pengurusan kekal mencabar malahan aktiviti pengurusan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih focus dan berkesan

Jika semua projek yang dicadang dan dirancangkankan dapat direalisasikan dalam jangka masa 10-15 tahun akan datang Bahagian Sri Aman akan menjadi sebuah bahagian yang maju setanding dengan Bahagian-bahagian maju yang lain di Sarawak.

Pelajar Asrama SK Munggu Bringin 2009



Pelajar asrama putera dari Tahun 1 hingga 6 sesi 2009, seramai 47 orang.















Pelajar asrama puteri dari Tahun 1 hingga 6 sesi 2009, seramai 58 orang.

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri Masyarakat Melayu Melanau

MASYARAKAT Melayu Melanau di Kampung Pulau Igan dekat Sibu, Sarawak meraikan Aidilfitri dengan mengadakan majlis �Berlanggar Meja� tradisi turun temurun yang dilakukan sejak 100 tahun lalu. Majlis �Berlanggar Meja� yang bermaksud �sambung meja�, adalah jamuan yang mana juadah raya dihidangkan di atas lebih 70 meja yang disusun bagi meraikan tetamu dari kampung berhampiran. Selain jamuan makan majlis itu turut disertakan bacaan doa selamat dan tahlil. - Foto Bernama

MASYARAKAT Melayu Melanau di Kampung Pulau Igan dekat Sibu, Sarawak meraikan Aidilfitri dengan mengadakan majlis �Berlanggar Meja� tradisi turun temurun yang dilakukan sejak 100 tahun lalu. Majlis �Berlanggar Meja� yang bermaksud �sambung meja�, adalah jamuan yang mana juadah raya dihidangkan di atas lebih 70 meja yang disusun bagi meraikan tetamu dari kampung berhampiran. Selain jamuan makan majlis itu turut disertakan bacaan doa selamat dan tahlil. - Foto Bernama

Thursday, September 17, 2009

Majlis perpisahan Staff SKMB 2009 (21/09/2009)


Guru Besar bersama staff yang diraikan iaitu Pn. Katherina Azimah bt. Nuni


Pn. Katherina memberikan ucapan perpisahan. Saat yang menyedihkan


Sesi mengisi dan memenuhkan perut.

Guru Besar menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan.

PK 1 menyampaikan cenderahati kepada Pn. Katherina sebagai ingatan tulus ikhlas daripada warga SK Munggu Bringin.

Pn. Khaterina telah berpindah ke SMK Melugu, Sri Aman kerana telah dinaikkan pangkat dari PAP (N1) kapada PAP (N4). Beliau berkhidmat di sekolah ini dari tahun 2004 hingga Ogos 2009. Segala bakti yang dicurahkan selama 5 tahun berkhidmat di sini amat-amat kami hargai. Sepanjang beliau bertugas di sekolah ini beliau telah dianugerahkan "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" (APC) pada tahun 2006. Semoga perkhidmatan Pn. akan lebih cemerlang di tempat baru.

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kami warga SK Munggu Bringin ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua umat Islam, muslimin dan muslimat, semoga Raya tahun ini memberi satu makna yang amat bernilai kepada kita. Juga dengan harapan Ramadhan tahun hadapan akan bertumu lagi.


Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H



1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009

Tuesday, September 15, 2009

Lawatan Pegawai JKR Sri Aman (15/09/2009)


Kedatangan Pegawai JKR Sri Aman, En. Ujai King dan Cik Dayang Februana bt. Suhaili (Latihan Siswazah) dalam siri lawatan membuat pelupusan Janakuasa (Generator Set).

Siri Lawatan Menyelia UPSR 2009


Kehadiran En. Louis Aom (GB SK Pantu) dan En. Lucas Chung (SK Pantu) sebagai Penyelia Kawasan UPSR 2009.

Lawatan PPD Sri Aman semasa cuti Pertengahan Sem II - 2009



Lawatan PPD Sri Aman, En. Walter Lamat Kiyai, En. Nyelang dan En. Kwang Law. Rombongan PPD disambut oleh GB, En. Isa Reff dan En. Harry Galang (PK HEM). Lawatan tersebut adalah siri lawatan memantau kelas tambahan UPSR bagi pelajar Tahun 6. En. Walter semasa bersama pelajar sempat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar untuk menghadapi UPSR 2009. Pada keseluruhannya beliau berpuas hati dengan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

SEJARAH PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN 2008 (3)

SEJARAH PENUBUHAN

KELAS PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MUNGGU BRINGIN

YBA2103

SRI AMAN

Disediakan oleh:

Pn. Mildred Ak Sakup

&

Cik Corinna Nor Ak Harold Selamat

01 JULAI 2008

SEJARAH PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN

2008

Tahun 2008 merupakan tahun ketiga pelaksanaan prasekolah SK. Munggu Bringin. Pada tahun ini sesi persekolah bermula pada 03.01.2008 iaitu pada hari Khamis. Guru prasekolah pada tahun ini ialah Pn. Mildred ak Sakup yang baru berpindah dari SK. Temudok Kem bagi mengambil alih tempat En. Natan yang telah berpindah ke SK.Nanga Kumpang. Manakala jawatan pembantu pengurusan murid masih kekal iaitu Cik Corina.

PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN AWAL TAHUN 2008



BIODATA GURU PRASEKOLAH

SK MUNGGU BRINGIN 2008

NAMA : PN. MILDRED AK SAKUP

JANTINA : PEREMPUAN

STATUS : BERKAHWIN

KAUM : BIDAYUH

AGAMA : KRISTIAN

TARIKH LAHIR : 28 JULAI 1971

I/C NO. : 710728-13-5490

NO. TEL. : 013-5756954

JAWATAN : GURU

IKHTISAS : SIJIL PERGURUAN ASAS (PSRPM)

AKADEMIK : SPM

TARIKH LANTIKAN : 01.03.1993

TARIKH SAH : 20.03.1996

KATEGORI/GRED : PPPLD DGA32

ALAMAT : S/L 22, BLOCK C, TAMAN CRYSTAL, JLN. BAYU,

95000 SRI AMAN.

Pada hari pertama persekolahan, cuma 9 orang murid sahaja yang hadir untuk mendaftar walaupun dalam senarai pendaftaran murid yang diluluskan adalah seramai 13 orang. Begitu juga dengan hari kedua persekolahan di mana cuma 6 orang murid sahaja yang hadir. Situasi berubah pada hari Isnin minggu kedua di mana seramai 20 orang murid telah hadir dan hampir setengah daripadanya baru mendaftar. Sehingga akhir Januari 2008, jumlah murid prasekolah adalah seramai 21 orang. Kesemua murid ini berasal dari rumah panjang berdekatan dengan sekolah.

PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN



Maklumat Murid Prasekolah 2008










1

ALLEXSON MOSES AK RID

L

27.03.2003

RID AK MUSHEH



2

ANDRELLA AL LICHIE

P

27.08.2002

LICHIE AK ANGGOT



3

ANGELINE INAH AK GILAN

P

23.12.2002

GILAN AK UTAK



4

CALVIN TRESSLLY AK BILLY

L

08.03.2002

BILLY AK BANTA



5

CHU SANGKING

L

07.04.2002

CHU SUCK LIN



6

CORILINA AK WAT

P

26.01.2003

WAT AK GUDOM



7

DIDODIAZ AK PETER

P

07.11.2002

PETER AK DAUD



8

GARRY KUAN AK ROBERT

L

08.04.2003

ROBERT AK KANONG



9

HENDRECK PARRISON

L

25.01.2003

CINDI AK BUNAN



10

HOLLISTER CHANG AK DING

L

25.03.2003

DING AK GIRI



11

JACKY AK ELIE

L

08.07.2003

ELIE AK PLIN



12

JESSICA AK ALI

P

04.08.2003

ALI AK MALOM



13

JONATHAN AK PETER

L

05.04.2002

PETER AK BRANDAH



14

MANA AK ARMI

L

20.06.2002

ARMI AK ATIM



15

MATHEW BUJAI AK LAMAT

L

30.07.2002

LAMAT AK MALOM



16

PATRICK LAPANG AK ANTAU

L

23.04.2003

ANTAU AK LATET



17

PAULINA OLIVIA AK SAM

P

08.04.2002

SAM AK BEDALI



18

ROHAN AK GUYANG

L

06.08.2003

GUYANG AK DUNDANG



19

ROONEY AK ALI

L

19.09.2003

ALI AK BANGKING



20

TEO CEN PERNA

L

30.09.2002

TEO ONG NGA



21

VICTORIA AK JOSEPH

P

17.02.2002

JOSEPH AK KUSEK



22

ZARINAH AK AJIH

P

25.01.2003

AJIH AK BUNAN











ANALISIS :

2002

2003





LELAKI

6

8

14




PEREMPUAN

5

3

8




JUMLAH BESAR

11

11

22



Jadual waktu bagi tahun 2008 dibuat berdasarkan komponen yang terdapat di dalam huraian kurikulum prasekolah kebangsaan.



JADUAL WAKTU KELAS PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN MUNGGU BRINGIN 2008

MASA

HARI

7.30-7.40

7.40-8.00

8.00-8.30

8.30-9.30

9.30-9.50

9.50-10.20

10.20-10.50

10.50-11.00

ISNIN

PHMPN

RUTIN HARIAN

(BM)

(BI)

(BM)

PERBUALAN TEMA

(BI)

(BM)

AKTIVITI LUAR DAN DALAM (PERKEMBANGAN FIZIKAL)

(BM)

(BI)

(MT)

(BM)

AKTIVITI KUMPULAN (KOGNITIF/BM/BI/K. ESTETIKA/ KOGNITIF SAINS

(SENI/MUZIK)

PM/AI

R

MK

REFLEKSI

SELASA

PM/AI

E

BM (CERITA)

RABU

PM/AI

H

T.VIDEO

KHAMIS

PM/AI

A

BEBAS

JUMAAT

BI (STORY TELLING)

T

SOSIO EMOSI

Takwim yang dirancang bagi tahun 2008 adalah seperti di bawah.

BULAN

PERKARA

CATATAN

JANUARI

* Melapor diri

* Minggu orientasi prasekolah

* Taklimat ibu bapa

* Sambutan hari jadi murid

3 Januari 2008

11 Januari 2008

FEBRUARI

* Pertandingan kebersihan gigi

* Sambutan hari jadi murid

11 Februari 2008

MAC

* Mesyuarat PIBG prasekolah pertama

* Sambutan hari jadi murid

31 Mac 2008

APRIL

* Gotong-royong PIBG prasekolah

* Pertandingan mewarna

* Sambutan hari jadi murid

11 April 2008

16 April 2008

MEI

* Projek tanam bunga

* Sambutan hari jadi murid


JUN

* Permainan cantuman puzzle

* Sambutan hari jadi murid


JULAI

* Karnival prasekolah

* Sambutan hari jadi murid

11.07.2008

OGOS

* Pertandingan tulisan cantik

* Sambutan hari jadi murid


SEPTEMBER

* Pertandingan mengeja

* Fakta asas (hafal sifir tambah/tolak)

* Sambutan hari jadi murid


OKTOBER

* Konvokesyen prasekolah

* Sambutan hari jadi murid


NOVEMBER

* Jamuan perpisahan murid

* Sambutan hari jadi murid


DISEMBER

* CUTI


SUSUNAN TEMA SEPANJANG TAHUN 2008

MINGGU

TEMA

1

Minggu suai kenal ( Perkenalkan Saya )

2

Minggu suai kenal ( Persekitaran Kelas )

3

Perayaan ( Tahun Baru Cina )

4

Perayaan ( Hari Raya Haji )

5

Diri Saya ( Anggota badan )

6

Diri Saya ( Deria Saya )

7

Keluarga Saya

8

Sekolah Saya ( Perabot dalam Kelas )

9

Sekolah ku ( Alat tulis )

10

Masa dan Waktu ( Nama hari dalam seminggu, bulan dalam setahun )

11

Jenis- jenis Rumah

12

Rumahku ( Bahagian- bahagian dalam rumah )

13

Perabut dalam rumah

14

Cuaca

15

Pakaian ( Jenis- jenis pakaian )

16

Pakaian ( Pakaian Tradisional )

17

Peristiwa( Hari jadi/Hari Ibu/ Hari Bapa/ Hari Guru/ Hari Kanak- kanak )

18

Peristiwa ( Perayaan Hari Gawai Dayak )

19

Makanan ( Makanan seimbang / makanan ringan/ makanan segera )

20

Minuman ( Minuman yang Berkhasiat )

21

Tumbuh- tumbuhan ( Buah- buahan )

22

Tumbuh- tumbuhan ( Sayur- sayuran )

23

Tumbuh- tumbuhan ( Bunga- bungaan )

24

Haiwan Liar

25

Haiwan jinak / peliharaan

26

Haiwan di air

27

Serangga

28

Kenderaan di darat

29

Kenderaan Udara & Air

30

Peristiwa ( Negara Ku Malaysia )

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan guru besar, En. Isa Bin Reff yang telah mencadangkan penulisan sejarah penubuhan kelas prasekolah serta sumbangan serta nasihat daripada beliau sehingga siapnya sejarah penubuhan prasekolah ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih diatas kerjasama daripada semua guru dan staf SK. Munggu Bringin dalam memberi maklumat serta bahan yang diperlukan untuk menyiapkan sejarah penubuhan prasekolah.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan akan mendapat berkat dari yang Maha Esa.