Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Tuesday, October 6, 2009

KEM 1 MALAYSIA DI SK SRI AMAN (07.10.2009)

Seramai 300 orang murid di sekitar daerah ini bakal menyertai Kem 1 Malaysia, Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sri Aman yang dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman pada 08 hingga 11 Oktober 2009.

Kenyataan media Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman memberitahu, antara lain objektif utama penganjuran bertujuan menerapkan konsep 1 Malaysia di kalangan pelajar sekolah, di samping sempena Sambutan Hari Malaysia 2009. Objektif lain adalah untuk menerapkan semangat kerjasama serta perpaduan dikalangan pelajar berbilang kaum agar bersama-sama menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diselitkan antara lain termasuklah permainan rakyat, sukan rakyat, lawatan ke tempat bersejarah, dan khidmat masyarakat.

Kem ini akan berlangsung selama empat hari tiga malam bertempat di SK Sri Aman.

Kepada peserta Kem, semoga mendapat sedikit ilmu dan pengalaman semasa mengikuti kem ini.

0 ulasan:

Post a Comment