SRI AMAN, Rabu (9 Sept) – Penduduk di bandar Sri Aman termasuk mereka yang berada dari lain-lain kawasan dalam negeri ini akhirnya ‘kempunan’ apabila Pesta Benak Sri Aman 2009 dibatalkan penganjurannya bagi tahun ini.
Perkara ini dinyatakan oleh Jawatankuasa Induk Penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2009 menerusi kenyataan media yang disiarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Bahagian Sri Aman / Betong kelmarin.
“Menerusi mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sri Aman kelmarin, pihak Jawatankuasa Induk akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan sambutan Pesta Benak Sri Aman pada tahun ini.
“Pembatalan sambutan Pesta Benak ini dibuat bagi mengelakkan perhimpunan beramai-ramai penduduk ketika berlangsungnya temasya itu. Ini boleh mengundang penularan wabak Influenza A atau H1N1 dikalangan orang ramai,” menurut kenyataan itu.
Selain itu pembatalan penganjuran Pesta Benak juga adalah disebabkan oleh masalah jerebu yang dijangka terus melanda negeri ini dan Sri Aman khasnya sehingga perrtengahan bulan Oktober kelak.
“Malahan masalah jerebu yang melanda negeri ini juga mungkin dijangka akan menjadi lebih serius pada pertengahan Oktober ini...justeru pembatalan Pesta Benak wajar dilakukan atas sebab itu,” menurut kenyataan berkenaan.
Terdahulu Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji menjangkakan bahawa Pesta Benak Sri Aman 2009 bakal berlangsung di bandar ini pada pertengahan bulan Oktober kelak.
Bagaimanapun penganjuran Pesta Benak yang dijangka mampu menarik kedatangan lebih 10,000 pengunjung itu memerlukan sekurang-kurang RM150,000 bagi menjayakan semua acara yang berlangsung.
Monday, October 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment