Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Saturday, October 3, 2009

Gerakan buru buaya pembunuh dilancar

KUCHING: Gerakan memburu buaya yang membaham Debeline Nyambong, 50, dari rumah panjang Dukun di Sungai Skrang Rabu lalu, akan dilancarkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) Isnin ini.


Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohammad, berkata anggota polis hanya akan memberikan kawalan keselamatan, manakala usaha mengesan buaya pembunuh itu akan dijalankan oleh kakitanggan SFC mulai Isnin ini.

Beliau berkata, anggota polis dari Sri Aman sudah bersedia melaksanakan kawalan bagi memastikan usaha mengesan buaya itu dilakukan tanpa insiden tidak diingini.

"Pihak polis masih menunggu kakitanggan daripada SFC tiba dari Kuching" katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian semalam.

Dalam kejadian Rabu lalu, Debeline diserang buaya ketika sedang mandi bersama isteri dan seorang anak perempuannya selepas pulang dari kebun pa-da kira-kira jam 11.30 pagi.

Isteri dan anaknya sempat lari ke tebing sungai, sebelum buaya berkenaan menarik kaki mangsa dan membawanya ke tengah sungai. Mayat Debeline ditemui jam 1 tengah hari tidak jauh dari tempat kejadian dengan kesan koyakan dan gigitan pada tubuhnya.

Mat Jusoh berkata, polis bersedia untuk melakukan usaha mengesan buaya pembunuh itu dan akan memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan oleh SFC nanti.

0 ulasan:

Post a Comment