Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Saturday, October 3, 2009

'Air laut surut, jalan terbelah menggerunkan'


SEBAHAGIAN rumah penduduk di Padang musnah akibat gempa di Padang kelmarin.

Pelajar Malaysia lari terhuyung-hayang takut berlaku tsunami

PADANG: Air laut tiba-tiba surut dan jalan raya terbelah dua antara fenomena menggerunkan yang disaksikan seorang penuntut Malaysia ketika gempa bumi kuat, di sini pada Rabu lalu.

Melihat keadaan menakutkan itu, Mohd Ashraf Abdul Hamid, 23, yang ketika itu menaiki motosikal di tepi pantai, lari jauh dari pantai kerana takut berlaku tsunami.

"Saya cepat-cepat melarikan diri terhuyung hayang seperti orang mabuk," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk untuk pulang di tanah air menaiki pesawat tentera semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Ashraf berkata, badannya bergoyang dan jatuh dari motosikal serta melihat orang ramai terbaring atas jalan.

Pelajar Tahun Tiga jurusan Perubatan Universiti Andalas itu berkata, selepas kira-kira setengah jam, kelihatan mayat di bawah runtuhan bangunan.

"Saya lihat polis dan orang ramai mengutip cebisan anggota manusia yang tertimbus seperti tangan dan kaki," katanya.

SEBAHAGIAN 300 pelajar Malaysia pulang menaiki tiga pesawat khas TUDM di Lapangan Terbang Minangkabau, semal

Beliau juga terdengar tangisan dan jeritan anak kecil ketakutan apabila van dinaiki bersama bapanya dihempap tiang elektrik tetapi tidak mampu memberikan bantuan kerana mahu menyelamatkan diri.

Pelajar Tahun Dua, Nadia Diana Hamzah, 20, yang menyewa bersama tiga teman kuliah di Jati Baru, pula berkata mereka keletihan kerana berjalan hampir 10 kilometer mencari tempat selamat selain tidak dapat tidur secukupnya.

"Kami menumpang rumah senior di Gunung Panilon kira-kira 45 minit berjalan kaki. Keadaan rumah yang sempit untuk sehingga 100 orang, ramai terpaksa tidur dibasahi embun di luar beralaskan kain dan kelaparan," katanya yang hanya sempat mencapai pasport sejurus gegaran pertama berlaku.

Anak jati Kuala Lumpur, Sentilkunan Balasundaram, 19, berkata beliau dan dua rakan terpaksa meninggalkan rumah sehelai sepinggang sebaik gegaran yang disusuli runtuhan, namun bersyukur kerana sempat membantu seorang jiran daripada ditimbus runtuhan batu.

"Badan saya seperti dihayun kuat dan terus berlari ke kawasan lapang. Apabila melihat jiran mengerang kerana patah tangan, kami membantunya ke hospital berhampiran.

"Dalam perjalanan, saya lihat banyak kemusnahan dan paling menyayat hati mendengar laungan penduduk mencari ahli keluarga mereka," katanya.

Beliau antara 383 warga Malaysia, yang sebahagian besarnya penuntut Universiti Imam Bonjol dan Universiti Andalas di Padang, Sumatera yang terkandas berikutan gempa bumi berjaya dibawa pulang semalam menggunakan tiga pesawat tentera.

Pusat Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan penerbangan pertama menggunakan pesawat C-130 Hercules membawa 120 mangsa.

Penerbangan kedua yang turut menggunakan pesawat sama mengangkut 178 penumpang, disusuli pesawat ketiga jenis CN235 membawa 49 penumpang.

Pesawat pertama yang berpatah balik ke Padang membawa pulang rombongan terakhir bersama baki 23 penumpang termasuk pelancong dan ahli perniagaan Malaysia.

0 ulasan:

Post a Comment