Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Thursday, October 1, 2009

295 pelajar selamat kembali ke tanah air

SHAH ALAM - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin melahirkan rasa syukur kerana penuntut Malaysia di Padang, Indonesia selamat kembali ke tanah air, malam tadi.

Katanya, seramai 295 pelajar berjaya dibawa pulang manakala 35 pelajar lagi masih terkandas kerana tidak dapat berada di Padang dan masih menjalani latihan praktikal.

“Usaha menyelamat perlu disegerakan kerana dilaporkan bahawa sudah dua hari mereka tidak dapat makan,” katanya, malam semalam.

Khalid turut merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana membantu membawa pelajar pulang dengan selamat.

Semalam, dua pesawat pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), C130 dan CN235 berlepas ke Padang, bagi membawa pulang semua 330 penuntut Malaysia di sana ekoran kejadian gempa bumi di Sumatera Barat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar berkata, ibu bapa dan keluarga pelajar terlibat tidak perlu bimbang mengenai kepulangan anak ataupun sanak saudara mereka kerana kerajaan telah mengambil langkah membawa mereka pulang segera.

Selain itu, katanya, hanya dua orang sahaja penuntut cedera, dan seorang daripada mereka hanya cedera ringan, menunggu untuk berlepas bersama pesawat TUDM ke Padang untuk membawa pulang penuntut terbabit.

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 pada skala Richter yang melanda Sumatera Barat kelmarin mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk.

0 ulasan:

Post a Comment