Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Saturday, October 24, 2009

12 July, 2009
PIBG boleh hasilkan produk pelajar berkualiti - Snowdan

Mugshot: SNOWDAN DONALD LAWAN

PANTU, Sabtu (11 Julai) – Produk generasi pelajar yang berkualiti hanya dapat dihasilkan sekiranya ibubapa dan guru menerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) berkongsi maklumat mengenai pendidikan semasa serta method bagi mempertingkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Motivasi Ibubapa dan Murid 2009 bertempat Sekolah Kebangsaan (SK) Aping, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.


“PIBG adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah kerana fungsinya ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.


“Kita mahu ibubapa dan guru menerusi pertubuhan ini dapat menyumbang kepada penghasilan produk pelajar yang kompeten dalam sains, teknologi, inovatif serta mampu bersaing di pasaran global, berdikari, kreatif serta kebolehan pasaran dalam apa jua bidang diceburi pada masa akan datang,” katanya.


Selain itu peningkatan dan pertambahan kadar kes jenayah disebabkan oleh masalah sosial dikalangan belia pada masa sekarang menurut beliau juga nyata amat membimbangkan.


Ini kerana menurut Snowdan belia adalah merupakan permata negara di masa akan datang dan ia memerlukan tindakan segera pihak PIBG untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih positif bagi menangani gejala tersebut.


“Satu pelan bertindak yang holistik dan realistik diperlukan agar perubahan dan pembaharuan dapat dilakukan melalui kaedah, formula dan method terbaik dan paling berkesan.


“Untuk itu, penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak adalah amat perlu bagi mengatasi masalah sosial dikalangan belia yang turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah di negara ini,” katanya.


Snowdan menerusi majlis itu kemudiannya mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Aping.


Hadir sama ialah Pengerusi Guru-Guru Besar Zon Pantu, Isa bin Reff, Guru Besar SK Aping, Iman Haji Joni, Yang Dipertua PIBG SK Aping, Johnny anak Lumie dan Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.25 Balai Ringin, Abah Unggie.

0 ulasan:

Post a Comment