Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Sunday, May 2, 2010

Sajak Bertemakan Benak 1 Malaysia 2010

Pertandingan Sajak Sempena Pesta Benak anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman 2010

SK Munggu Bringin muncul naib johan ketegori perempuan sekolah rendah. Peserta tersebut ialah adik Clara anak Sari, pelajar Tahun 6. Tahniah kepada beliau. Di bawah ini disertakan sajak tersebut.


Tema : Benak Meniti Konsep : Satu Malaysia Panjang : 22 baris

SRI AMAN, BERSATU BERTEDUH BENAK

(Pengkarya: Cikgu Azaman Perseh)

Sri Aman,

Di mana senyumanmu,

Kuncup tak kembang mekar, tiada khabar sekian lama,

Keheningan membuatku terpuruk menitip rindu

Pada debaran benak yang menggetarkan desiran angin lalu

Pada suara resah rindu ombak air pasang berkejaran

Sri Aman, terkesima seketika..

Hadirnya buih-buih benakmu terpintal menyeru semua

Memecah kesunyian kubu yang sepi, indah di lembah bukit

Tanpa kurayu, kupujuk, kau hadir jua

Hadirnya benak sama bak perjuangan

Menyerbu buas Sang Bujang Senang melibas menerkam mangsa

Tanpa takut, gentar di hatinya

Bak pejuang Rentap melolong bingit

Ayuh semua pahlawanku….hapuskan pengkhianat bangsa

Umpama benak ….pecah bertembung pulau

Buih benak membuka mata

Dengan senyuman,lambaian dan kunjungan bercambah perpaduan

Satukan bangsa, satukan negaraku

Hadirnya benak agenda perpaduan

Sri Aman , damailah engkau di sana

0 ulasan:

Post a Comment