Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Tuesday, May 4, 2010

Adik Clara Sari naib johan Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah Sempena Pesta Benak Bahagian Sri Aman 2010.

Adik Clara Sari naib johan Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah Sempena Pesta Benak Bahagian Sri Aman 2010.

1 Mei 2010, Bertempat di Pentas Sri Aman Kitchen Waterfront, telah berlangsung Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak / Puisi Sekolah Rendah & Menengah Sempena Pesta Benak Bahagian Sri Aman 2010 anjuran Pejabat Residen, Bhg. Sri Aman dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman.
Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta dan cabutan undi, seterusnya pertandingan untuk peringkat sekolah rendah dimulakan. Peserta sekolah rendah terdiri daripada 5 lelaki dan 11 perempuan dari sekolah rendah sekitar Sri Aman.
Bagi acara lelaki, Johan disandang oleh adik Alex Den dari SK Aping, naib johan adik Mohd. Syafiq bin Johari (SK Bakong) dan tempat ketiga adik Muhammad Amirnurdin (SK Abang Aing).
Manakala bagi kategori perempuan pula, johan ialah adik Insyirah Rufaihah dari SK Abang Aing, naib johan adik Clara Sari dari SK Munggu Bringin dengan sajak yang bertajuk Sri Aman, Bersatu Berteduh Benak dan tempat ketiga dimenangi oleh adik April Anastasia anak Danial dari SK Temudok Kem.
Menurut adik Clara, beliau telah dilatih oleh salah seorang peserta perempuan ketegori sekolah menengah manakala sajak yang dideklamasikannya adalah hasil ciptaan Cikgu Azaman Perseh
Guru Besar, SK Munggu Bringin Encik Isa Reff, yang ditemui selepas penyampaian hadiah menyatakan rasa gembira beliau di atas kejayaan tersebut. Katanya lagi adik Clara seorang pelajar yang berdedikasi dan cemerlang di sekolah. Beliau berharap kejayaan ini akan memberi semangat kepada rakan-rakan pelajar lain di sekolah nanti.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji

0 ulasan:

Post a Comment