Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Friday, March 12, 2010

KERTAS KONSEP MODUL PROGRAM PENINGKATAN IMEJ KENDIRI / PEMBANGUNAN DIRI

MODUL PROGRAM PENINGKATAN IMEJ KENDIRI / PEMBANGUNAN DIRI

Disediakan oleh,

LUCY CHUO MEE HONG

Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa

SMK St. Luke, Sri Aman


PENGENALAN

Murid-murid terutama sekali yang berada di sekolah-sekolah luar bandar biasanya mempunyai imej kendiri yang agak rendah atau negatif dibandingkan dengan mereka yang berada di bandar. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membantu mereka meningkatkan imej kendiri mereka supaya keyakinan mereka juga akan dapat ditingkatkan secara tidak langsung. Modul Program Peningkatan Imej Kendiri atau Pembangunan diri ini direka khas untuk murid-murid Tahun 6 di SK Munggu Bringin. Aktiviti-aktiviti dirancang berdasarkan hasil interaksi saya bersama dengan mereka secara individu semasa lawatan pertama ke sekolah tersebut pada bulan Februari tahun ini. Dipercayai bahawa sekiranya imej kendiri mereka ditingkatkan, maka keyakinan mereka pun akan ditingkatkan. Ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi akademik mereka juga.

RASIONAL

Modul ini bertujuan khas untuk membantu para murid Tahun 6 meningkatkan imej kendiri, keyakinan diri serta prestasi akademik mereka.

OBJEKTIF

1. Memahami dan menghargai diri;

2. Mengetahui kelemahan & kelebihan diri;

3. Menyedari kepentingan mempunyai matlamat diri;

4. Memupuk semangat bekerjasama dan tidak mudah putus asa.

SASARAN

Semua murid Tahun 6 – 8 orang lelaki & 13 orang perempuan

TARIKH PELAKSANAAN

5 Mac 2010 (Jumaat)

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Bengkel/ceramah

2. LDK

3. Permainan kaunseling

4. Bimbingan individu/kelompok

5. Nyanyian

6. Penilaian

JADUAL PROGRAM

0700 Taklimat & Pembahagian Kumpulan/’Ice-breaking’

0730 Nyanyian

0745 LDK 1 – Siapa Saya? Keunikan Nama Saya

0830 LDK 2 – Potensi Saya

0900 LDK 3 – Garis Wawasan Generasi Baru

0930 Rehat

1000 Nyanyian/Permainan

1030 LDK 4 – Cita-cita Saya

1100 LDK 5 – Cantuman Bermakna

1130 Rumusan/Penilaian

Slot 1 – Taklimat & Pembahagian Kumpulan

Taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan. Fasilitator menggalakkan para murid mengikis perasaan malu dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dengan aktif.

Pembahagian kumpulan dilakukan berdasarkan bunyi dan aksi binatang/haiwan yang murid-murid dapat daripada fasilitator.

Slot 2 – Nyanyian Lagu-lagu Motivasi

Lagu-lagu yang bertajuk ‘Titian Kejayaan’ dan ‘Juara’ yang mempunyai banyak nilai-nilai murni.

Slot 3 – Siapa saya? Keunikan nama saya

Objektif :

1. Pelajar dapat membina perkataan-perkataan yang bernilai positif berdasarkan setiap abjad atau huruf namanya.

2. Dapat mewujudkan sikap bantu-membantu dalam kalangan pelajar.

3. Menimbulkan keyakinan diri dan rasa bersyukur di dalam diri pelajar kerana mempunyai nama yang sangat bermakna baginya dan mempunyai maksud tersirat yang positif bagi membantu perkembangan potensi dirinya.

Langkah-langkah:

1. Fasilitator menerangkan setiap individu mempunyai nama yang dipilih khas oleh ibu bapa / penjaga masing-masing dan setiap nama itu mempunayi makna tersendiri.

2. Fasilitator memberi contoh cara membina kata-kata yang mempunyai nilai positif tentang diri pelajar berkenaan berdasarkan abjad namanya.

3. Fasilitator meminta pelajar menyaipkan tugasan masing-masing. Fasilitator memberi bantuan kepada pelajar yang lemah membaca dan menulis atau kurang mahir dalam bahasa melayu.

4. Setelah semua pelajar menyiapkan tugasan itu, fasilitator meminta setiap pelajar membacakan hasil kerjanya sambil diteliti oleh rakan-rakan.

5. Jika ada pelajar yang tidak dapat mencari perkataan / istilah positif bagi abjad / huruf tertentu, rakan-rakan dibenarkan membantunya.

6. Fasilitator memanggil beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan secara sukarela. Sekiranya tidak ada, maka fasilitator akan memanggil pelajar secara rawak untuk membentangkan hasil kerja mereka.

Falsafah:

1. Pelajar dapat mengenal pasti ciri-ciri atau potensi positif dirinya yang boleh dikembangkan.

2. Nama yang baik dapat membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang individu.

3. Pelajar sewajarnya bersyukur kerana mempunyai nama yang bermakna dan baik.

4. Setiap individu adalah unik dan boleh memanfaatkan keunikkan dirinya ke arah pembentukkan kendiri yang cemerlang.

Slot 4 - Potensi Saya

Objektif:

1. Mengenali kelemahan dan kekuatan diri.

2. Mengetahui cara memperbaiki kelemahan dan menggunakan kekuatan yang sedia ada.

Langkah-langkah:

1. Fasilitator memberitahu para murid supaya membahagikan kertas A4 kepada 2 bahagian. Bahagian kiri tulis tajuk PANDAI dan sebelah kanan tulis TIDAK PANDAI.

2. Fasilitator menyuruh para murid menulis perkara-perkara yang mereka pandai di sebelah kiri dan yang tidak pandai di sebelah kanan.

3. Fasilitator memberi contoh-contoh.

4. Fasilitator menarik perhatian murid terhadap senarai perkara yang mereka pandai lakukan (lebih panjang) berbanding dengan senarai yang tidak pandai.

Falsafah:

1. Semua manusia mempunyai kelemahan/perkara-perkara yang tidak pandai dilakukan.

2. Sebenarnya, kita tidak sedar bahawa kita mampu melakukan banyak perkara

3. Kita harus mencari jalan mengatasi kelemahan kita dan menggunakan dengan baik kekuatan kita.

Slot 5 – Garis Wawasan Generasi Baru

Objektif:

1. Menerapkan pentingnya mempunayai matlamat sebelum melakukan sesuatu tindakan atau perkerjaan.

2. Menyatakan semuala apakah pentingnya mempunyai matlamat belajar?

3. Menyatakan apakah matlamat belajarnya?

Langkah-langkah:

1. Fasilitator memulakan aktiviti dengan membuat satu garis lurus sepanjang 2cm di atss sehelai kertas.

2. Aktiviti seterusnya, guru meminta pelajar pertama menyambung garisan tersebut pada mana-mana bahagian dengan panjang yang sama mengikut pilihan masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan pelajar kedua, ketiga, keempat den seterusnya sehingga pelajar yang terakhir.

3. Kertas lakaran tadi disimpan oleh fasilitator.

4. Fasilitator mengulangi aktivita yang sama seperti di atas tetapi pada kali ini fasilitator memberitahu bahawa garisan yang disambung mestilah membentuk sesuatu objek, misalnya rumah.

5. Hasil kerja pertama dan kedua dibandingkan dan dibincangkan.

Falsafah:

1. Seseorang perlu menetapkan sesuatu matlamat sebelum melaksanakan sesuatu tindakan atau perkerjaan.

2. Matlamat yang ditetapkan perlu jelas, boleh diukur dan mempunyai ciri-ciri yang positif.

3. Matlamat dalam hidup meskipun kecil perlu diusahakan pencapaiannya untuk meningkatkan keyakinan dan kebolehan diri.

Slot 6 – Nyanyian / Permainan

Permainan – Hitung Jari

Permainan ini mengingatkan para murid supaya mempelajari sesuatu secara berterusan, dari mula hingga akhir. Jangan sekali-kali berhenti atau putus asa di tengah jalan.

Slot 7 – Cita-cita saya

Objektif:

1. Pelajar mempunyai wawasan diri.

2. Pelajar dapat berusaha ke arah memrealisasikan cita-citanya itu.

3. Pelajar dapat mengetahui arah dan cara mencapai cita-cita tersebut.

Langkah-langkah:

1. Edar kertas A4 kepada setiap pelajar.

2. Pelajar menulis di atas kertas masing-masing cita-citanya tanpa pengetahuan rakan-rakan.

3. Pelajar diminta menulis dengan besar dan jelas.

4. Secara rawak, fasilitator memilih pelajar mempamerkan dan menyebut cita-citanya itu.

Falsafah:

1. Setiap individu perlu mempunyai cita-cita ynag bersesuaian misalnya berdasarkan personaliti, minat dan pencapaian akademik sebagai pendorong ke arah kejayaan hidup.

2. Pelajar perlu mengetahui aspek kerjaya dan pelbagai jenis bidang pekerjaan kerana ia berkaitan dengan matlamat hidup seseorang.

Slot 8 – Cantuman Bermakna

Objektif:

1. Supaya pelajar dapat menyedari kepentingan berkerja secar berkumpulan.

2. Dapat proses pembelajaran, pelajar mesti memberi tumpuan yang sepenuhnya.

3. Dalam proses pembelajaran juga, pelajar boleh mendapat bantuan dan kerjasama daripada rakan-rakan mereka.

4. Mewujudkan semangat ingin mecuba dalam kalangan pelajar.

Langkah-langkah:

1. Pelajar dibahagikan kepada lima atau enam kumpulan dengan jumlah ahli yang seimbang.

2. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan ketua ini diminta mendapatkan sampul surat yang berisi kad-kad daripada fasilitator.

3. Fasilitator membaca arahan tugasan yang perlu dibuat oleh setiap kumpulan. Masa diperuntukkan selama 10 minit.

4. Setelah masa tamat, fasilitator akan bertanya sama ada tugasan tersebut telah diselasaikan? Jika terdapat kumpulan yang belum selesai, ketua kumpulan berkenaan diminta datang ke hadapan. Ketua kumpulan atau ahli boleh menunjukkan cara cantuman yang perlu dibuat kepada ketua kumpulan yang tidak dapat menyelesaikan tugasan.

5. Ketua kumpulan dimanta balik semula ke dalam kumpulan dan menerangkan kedapa kumpulan cara-cara membuat cantuman yang betul.

6. Jika masih ada kumpulan yang belum siap, kumpulan ynag telah siap akan diminta membantu sehingga semua kumpulan berjaya menyiapkan tugasan.

7. Fasilitator mengumpulkan kembali sampul-sampul surat berserta kad-kad cantuman.

Falsafah:

1. Sewaktu membuat tugasan, setiap individu perlu memberi tumpuan dan kesabaran untuk mencapai tujuan. Contoh: pembentukkan huruf T (tumpuan)

2. Ilmu sangat penting kepada setiap manusia. Contoh: pembentukkan huruf I (Ilmu)

3. Rajin membuat latihan boleh membawa seseorang itu memperoleh kejayaan. Contoh: pembentukkan huruf L (Latihan).

Disediakan oleh,

(LUCY CHUO MEE HONG)

GCBKSM

SMK ST. LUKE, SRI AMAN

PROGRAM PENINGKATAN IMEJ KENDIRI/PEMBANGUNAN DIRI

5 MAC 2010

SK MUNGGU BRINGIN, SRI AMAN

Tandakan (/) pada ruang yang sesuai.

A. OBJEKTIF PROGRAM

5. Memahami dan menghargai diri;

6. Mengetahui kelemahan & kelebihan diri;

7. Menyedari kepentingan mempunyai matlamat diri;

8. Memupuk semangat bekerjasama dan tidak mudah putus asa.

Sejauh manakah objektif-objektif di atas tercapai?

Objektif

Tidak tercapai

Tercapai sedikit

Tercapai

Tercapai sepenuhnya

1

2

3

4

B. PENINGKATAN DIRI

Sejauh manakah anda belajar dalam peningkatan diri dari aspek-aspek berikut :

Pernyataan

Amat sedikit

Sedikit

Banyak

Amat banyak

1. Pemahaman, penerimaan dan keazaman kendiri

2. Hubungan dan interaksi sosial yang positif dengan kawan-kawan

3. Memberi dan menerima komen/ kritikan secara membina

4. Pengurusan diri ~ emosi, tekanan, mental, rohani, komitment, dan masa

C. TENAGA FASILITATOR

Sejauh manakah para fasilitator berkesan dalam aspek-aspek berikut :

Aspek

Tidak berkesan

Kurang berkesan

Berkesan

Amat Berkesan

1. Mewujudkan suasana yang

seronok dan selesa.

2. Peka terhadap perasaan dan

tingkah laku murid

3. Menggalakkan perbincangan

dan penglibatan murid

4. Memberi perkongsian

pengetahuan dan pengalaman

yang bermakna.

5. Menggerakkan murid berfikir

secara matang.

D. PELAKSANAAN KEM

Sejauh manakah program ini memuaskan dalam aspek-aspek berikut :

Aspek

Tidak memuaskan

Kurang memuaskan

Memuaskan

Amat memuaskan

1. Program/ aktiviti

2. Tempoh program

3. Arahan fasilitator

4. Pelaksanaan keseluruhan

Komen lain (Apakah kesedaran/ pengajaran yang paling bermakna tentang diri/hidup yang anda telah pelajari daripada program ini?)

1 comment: