KERTAS KERJA SEKOLAH ANGKAT GURU CEMERLANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA 2010
PENGENALAN
Projek Sekolah Angkat merupakan salah satu program khas Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GCBKSM) yang bakal dilaksanakan di SK Munggu Beringin kerana sekolah tersebut berpotensi untuk menjadi sekolah cemerlang dan setakat ini tidak ada Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tersebut. Berdasarkan hasil perbincangan antara Guru Besar sekolah tersebut dengan GCBKSM pada bulan Julai 2009, telah dipersetujui bahawa GCBKSM akan menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat mulai tahun 2010. Program ini dijangka dapat membantu para murid di sekolah tersebut dalam berbagai aspek terutama sekali dari segi akademik, pembangunan diri dan kesihatan mental dan psikososial.
RASIONAL
Tujuan utama program ini ialah memberi bimbingan secara terancang bagi membangunkan para murid sekolah tersebut dari segi akademik, pembangunan diri, kesihatan mental dan psikososial.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri para murid di sekolah SK Munggu Beringin;
2. Membantu mereka mengenali potensi serta bakat mereka;
3. Membangunkan mereka dalam aspek mental, emosi dan sosial;
4. Meningkatkan prestasi akademik mereka.
SASARAN
Murid-murid Tahun 4 hingga 6.
TARIKH PELAKSANAAN
Mulai Februari 2010
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pembentangan
2. Bengkel/ceramah
3. LDK
4. Permainan kaunseling
5. Bimbingan individu/kelompok
6. Nyanyian/lakonan
7. Tayangan video
8. Penilaian
JADUAL TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM 2010
Masa Perkara Catatan
Feb 2010 GCBKSM melawat sekolah dan berjumpa dengan semua murid Tahun 4 – 6.
GCBKSM mengadakan sesi dialog dengan guru-guru.
Mengumpul maklumat berkenaan
Mac 2010 Program Peningkatan Imej Kendiri/Pembangunan Diri Program/aktiviti boleh dikendalikan oleh guru-guru sekolah tetapi perlu disediakan modul dan dipantau oleh GCBKSM
April 2010 Program Kepimpinan Memberi latihan kepada para pengawas sekolah dan ketua-ketua kelas.
Mei 2010 Program Motivasi UPSR Persediaan awal murid Tahun 6 menghadapi UPSR
Julai 2010 Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)/Cara Hidup Sihat
Kerjasama dengan Jabatan Kesihatan/AADK
Ogos 2010 Program ‘We Can Score A’
Persediaan terakhir menghadapi UPSR
Oktober 2010 Program Penyediaan Diri Ke Sekolah Menengah
November 2010 Penilaian Keseluruhan Program
- Soal selidik
- Sesi temubual
- Keputusan UPSR 2010- Laporan disediakan dan dihantar kepada PPD.
PENUTUP
Diharap program ini dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan sahsiah serta prestasi akademik para murid di samping membangunkan diri mereka dalam aspek mental, emosi dan social agar mereka lebih berkeyakinan dan berkemampuan menghadapi masa depan.
Disediakan oleh,
(LUCY CHUO MEE HONG)
Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
SMK St. Luke, Sri Aman
11.01.2010
Friday, March 12, 2010
KERTAS KERJA SEKOLAH ANGKAT GURU CEMERLANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA 2010
Dicatat oleh
akulatu
di
6:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment