Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Sunday, April 25, 2010

Tubuh majlis baiki sistem pendidikan- Utusan.com

HULU SELANGOR 24 April - Kerajaan akan menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan Negara (MPPN) dalam masa terdekat bagi menambah baik dan melonjakkan lagi kecemerlangan sistem pendidikan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakar-pakar daripada pelbagai bidang akan dijemput untuk bekerjasama dengan tenaga pemikir Kementerian Pelajaran bagi merencanakan idea baru untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Majlis itu berperanan mengenal pasti kelemahan pada sistem sedia ada.

"Langkah ini bukan bererti kerajaan tidak mempunyai kepakaran tetapi jika semua tenaga pakar yang ada digembleng, banyak masalah dapat diatasi dalam usaha melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf antarabangsa.

"Ini penting, kerana bidang pendidikan memainkan peranan paling kritikal dalam melahirkan modal insan terpelajar dan pelbagai idea baru diperlukan untuk menjayakannya ," kata beliau ketika berucap merasmikan Program Menara Ilmu, Kecemerlangan Pendidikan 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, anjuran Yayasan Nurul Yaqeen, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta ibu bapa tidak gusar dengan langkah kementerian itu memperkenalkan konsep 1Murid 1Sukan.

Katanya, pendekatan itu bertujuan memperkasakan semula aktiviti sukan di peringkat sekolah.

Ia wajar disokong kerana sukan mampu membentuk sahsiah diri para pelajar dan pada masa sama, merupakan aktiviti yang menyihatkan.

"Saya dengar ramai para pelajar dan murid sekarang mengalami masalah obesiti kerana kurang pendedahan dan penglibatan dalam aktiviti sukan.

"Kalau pun mereka tidak cemerlang dalam bidang sukan tetapi aktiviti ini mampu membentuk disiplin dan boleh mengisi masa terluang mereka daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah," katanya.

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42631.0.html

0 ulasan:

Post a Comment