Murid Tahun Satu dakwa dicabul jaga
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/04/24
Suspek arah mangsa buka pakaian dalam tandas
KUALA LUMPUR: Seorang murid perempuan Tahun Satu dicabul di dalam tandas sekolah oleh seorang pengawal keselamatan sekolah berkenaan, di Batu Arang, Rawang di sini, tengah hari kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah jenis kebangsaan dekat Rawang itu dikatakan bersendirian ke tandas untuk membuang air kecil sebelum didatangi suspek yang berusia 44 tahun dan mengarahkannya membuka pakaian. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata mangsa yang mengalami ketakutan selepas dicabul suspek itu kemudian menceritakan kejadian yang menimpa kepada ibunya sebaik pulang dari persekolahan sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.
“Mengikut keterangan mangsa kepada ibunya, ketika dalam perjalanan ke tandas, seorang pengawal keselamatan itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan, namun tidak mengesyaki sebarang tindakan pelik berikutan tugasnya menjaga ke selamatan sekolah.
“Sebaik mangsa memasuki tandas itu, secara tiba-tiba suspek menolak pintu dan berada di dalam bilik air itu bersama sebelum mengarahkan mangsa membuka pakaian dan suspek bertindak berani dengan mencabul mangsa,” katanya ketika dihu-bungi, semalam.
Rosly berkata, bertindak atas laporan, beberapa anggota polis dikerahkan ke sekolah berkenaan dan di rumah suspek tidak jauh dari sekolah bagi menahannya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
“Sebaik sampai di lokasi kejadian, polis mendapati suspek sudah berhenti kerja pada hari kejadian dan keadaan di rumahnya juga didapati kosong dipercayai melarikan diri sebaik menyedari diburu pihak berkuasa.
“Gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42619.0.html
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment