Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Sunday, April 25, 2010

Pindaan Mendapat Permohonan Perbelanjaan Rawatan di Instituisi Jantung Negara

Ruj. Kami : JPA (SARAAN) (S) 264/15/16-4 Jld.8 ( 60 )
Tarikh : 21 April 2010
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Tuan,

PINDAAN PERATURAN PERMOHONAN PERBELANJAAN
KEMUDAHAN PERUBATAN BAGI RAWATAN DI INSTITUT
JANTUNG NEGARA SDN. BHD.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya
peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan bagi
rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) sebagaimana
yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009
(PP Bil. 21/2009) dipinda untuk membolehkan permohonan tersebut
dipertimbangkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).

3. Sehubungan dengan itu, semua perenggan/ penjelasan dalam
PP Bil. 21/2009 yang menetapkan bahawa permohonan perbelanjaan
kemudahan perubatan bagi rawatan di IJNSB diluluskan oleh Ketua
Jabatan adalah dengan ini dipinda. Dengan berkuatkuasanya pindaan
ini, permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan bagi rawatan
di IJNSB bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara
Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli
keluarga mereka yang layak adalah diuruskan dan diluluskan oleh
KKM.

4. Pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2009.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( DATO’ BASARUDDIN BIN SADALI )
Pengarah Bahagian Saraan
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

s.k.:
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42592.0/topicseen.html

0 ulasan:

Post a Comment