Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Wednesday, April 28, 2010

Pesta Benak 2010




Album Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010







Album Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 (3)




Album Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 (2)





Tuesday, April 27, 2010

SK Munggu Bringin anjur kem pengawas dan ketua darjah

SK Munggu Bringin anjur kem pengawas dan ketua darjah


Caption: SERONOK...Lucy Chou sedang memerhatikan para peserta melakukan aktiviti kumpulan ketika berlangsungnya Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 di SK Munggu Bringgin kelmarin.

PANTU, Sabtu - Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, Pantu telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 bertempat di sekolah terbabit kelmarin.

Program yang dikelolakan oleh Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dari SMK Saint Luke (GCBKSM), Lucy Chou Mee Hong ini membabitkan para pengawas dan ketua darjah dari sekolah itu sendiri selain penglibatan 16 orang pengawas dan ketua darjah dari SK Selanjan, Pantu.

Lucy ketika ditemui menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk memastikan para pengawas dan ketua darjah mampu melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi selepas ini.

"Pengawas dan ketua darjah merupakan sekumpulan pelajar yang dipilih khas untuk membantu pihak sekolah mengawas dan menjaga disiplin lain-lain pelajar di sekolah sepanjang masa.

"Oleh itu satu program dianjur demi melahirkan para pengawas dan ketua darjah yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan seterusnya melengkapi diri mereka dengan kemahiran yang perlukan semasa menjalankan tugas harian masing-masing di sekolah," katanya.

Bagi menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 ini pihaknya telah mengadakan latihan dalam kumpulan (LDK), team building, nyanyian, permainan dan pembentangan.

"Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 ini merupakan adalah lanjutan daripada “Projek Sekolah Angkat 2010” yang mana SK Munggu Bringin telah dipilih untuk tujuan projek berkenaan.

"Maka itu diharap agar program SMK Saint Luke ini dapat mempertingkatkan perstasi akademik dan kepimpinan kesemua para peserta yang terlibat di masa akan datang. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," menurut beliau.

Tamat.

262 gerai Bazaar Ria mulai operasi malam ini.


262 gerai Bazaar Ria mulai operasi malam ini.


Caption: UMUM...Jack (kanan) dan Piau (kiri) ketika ditemui pemberita pada sidang media di sini hari ini.

SRI AMAN, Isnin (26 April) - Sejumlah 262 buah gerai akan memulakan operasi masing-masing pada aktiviti Bazaar Ria Benak (pameran agensi dan jualan beraneka) bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bermula 28 April hingga 2 Mei nanti ini.

Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Jack Aman anak Luat berkata aktiviti Bazaar Ria Benak sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 ini akan diadakan di sepanjang Jalan Main Bazaar hingga Jalan Astana dan sepanjang Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman.

"262 buah gerai terbabit telah berdaftar dengan pihak kami (MDSA). Bagaimanapun pihak kami menjangka penglibatan sejumlah 300 buah gerai dalam aktiviti Bazaar Ria Benak berpandukan kepada pihak yang bakal menumpang pada gerai berdaftar menerusi aktiviti itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media berhubung Pertandingan Regatta Pesta Benak Sri Aman 2010 yang turut dihadiri oleh Walikota Sri Aman, Piau Inggot bertempat di Bilik Setiausaha MDSA hari ini.

Selain kesemua kesemua 262 buah gerai aktiviti Bazaar Ria Benak ini kata Jack telah dikenakan bayaran sebanyak RM200 untuk tempoh operasi selama lima hari iaitu bermula 28 April hingga 2 Mei nanti ini.

Bagaimanapun dijangka sebahagian daripada peniaga Bazaar Ria Benak ini kelak bakal memulakan operasi masing-masing pada malam 27 April ini nanti sebelum aktiviti Bazaar Ria Benak bermula secara rasminya pada pagi 28 April kelak.

"Selain pameran agensi, aktiviti Bazaar Ria Benak bakal menawarkan aktiviti jual beli makanan, minuman, pakaian, perkakasan elektrik, produk kraftangan dan sebagainya kepada pengunjung Pesta Benak Sri Aman 2010 ini kelak.

"Justeru saya menasihatkan semua peniaga dan pengunjung untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Bandar Sri Aman ketika berlangsungnya Pesta Benak ini nanti," katanya sambil menambah pihaknya telah pun menganjurkan gotong-royong bagi membersihkan kawasan yang terlibat untuk tujuan itu.

Jack pada sidang media itu juga turut menambah bahawa pihaknya bakal membuka kawasan parkir kenderaan di kawasan tanah lapang berdekatan Rumah MAKSAK (Jalan Kolam Air), Pasar Tamu dan Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia untuk mengurangkan masalah kesesakan trafik ketika berlangsungnya Pesta Benak ini nanti.

Tamat.



1,200 peserta bakal berentap untuk Regatta Pesta Benak 29 April ini


1,200 peserta bakal berentap untuk Regatta Pesta Benak 29 April ini


Caption: JADI REBUTAN...Piau (kiri) bersama Jack (kanan) merakamkan gambar kenangan di hadapan piala pusingan yang disediakan untuk para pemenang pada acara yang dipertandingkan dalam Regatta Pesta Benak 2010 ini nanti.

SRI AMAN, Isnin (26 April) - Sungai Batang Lupar, Sri Aman bakal berkocak menerusi kayuhan oleh 1,200 peserta yang bakal berentap dalam 58 acara Pertandingan Regatta bermula 29 April hingga 2 Mei ini bersempena dengan sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010.

Bercakap pada sidang media di Majlis Daerah Sri Aman hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Regatta Pesta Benak 2010, Jack Aman Luat ketika ditemui berkata kesemua peserta ini bakal berentap dalam tiga buah kategori yang dipertandingkan dalam acara terbabit iaitu Kategori Swasta, Kategori Kerajaan dan Kategori Terbuka.

"Tiga buah acara bakal diadakan pada sambutan hari pertama penganjuran Pertandingan Regatta 2010 pada 29 April ini iaitu Lumba Perahu, Lumba Bot Laju dan Lumba Pam Ski 6 Kuasa Kuda.

"Penganjuran hari pertama Regatta yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ini menyaksikan sejumlah 162 penyertaan dan 58 buah perahu berdaftar untuk acara Lumba Perahu (Lelaki / Perempuan), 4 penyertaan untuk acara Lumba Bot Laju dan 83 penyertaan untuk Lumba Pam Ski 6 Kuasa Kuda," katanya.

Manakala itu pada 30 April pula kata Jack, sejumlah 12 buah acara akan diadakan pada Pertandingan Regatta ini menerusi Sakai 10, 15, 20, 25 (Lelaki / Wanita), Melawan Arus Sakai 15 Perempuan, Melawan Arus Sakai 30 Lelaki dan acara baru iaitu Lumba Pecut 300 Meter Sakai 30 Lelaki.

Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin menurut beliau akan menyempurnakan upacara pelepasan bendera pada jam 8 pagi sebagai simbolik berlangsungnya acara Regatta pada 30 April ini.

"Pada 1 Mei pula akan berlangsung 14 buah acara iaitu Sakai 10, 15, 20, 25, 30 (Lelaki / Wanita) dan Lumba Pecut 200 Meter Sakai 20 Lelaki manakala 10 buah acara lagi dipertandingkan pada 2 Mei ini iaitu Sakai 10, 15, 20, 25 dan 30 (Lelaki / Perempuan).

"Secara keseluruhan sejumlah RM101,495 hadiah wang tunai ditawarkan kepada para pemenang bagi semua acara Regatta yang akan berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei ini juga termasuk penyediaan 129 buah piala yang menelan kos bernilai RM40,160," katanya.

Kesemua acara yang membabitkan penyertaan peserta dari Betong, Kuching, Lubok Antu, Saratok, Pantu, Limbang, Lawas, Kapit dan Sebuyau ini nanti pada Pertandingan Regatta ini nanti akan bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang bermula 29 April hingga 2 Mei kelak.

Difahamkan bahawa Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bersama Toh Puan Hajah Norkiah, Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah menyumbang piala pusingan untuk pertandingan ini nanti.

"Pihak Jawatankuasa Pengelola Regatta Pesta Benak 2010 menjangka Pertandingan Regatta Pesta ini mampu menarik perhatian seramai 20,000 orang pengunjung ketika berlangsungnya acara berkenaan bermula 29 April kelak," katanya.

Hadir sama pada sidang media terbabit ialah Penasihat Jawatankuasa Pengelola Regatta Pesta Benak 2010 merangkap Walikota Sri Aman, Piau anak Inggot.

Tamat.

PETA TAPAK PENGANJURAN BAZAAR RIA


PETA TAPAK PENGANJURAN BAZAAR RIA


Ini peta tapak Bazaar Ria sempena Pesta Benak 2010 dari 28 April hingga 2 Mei.
Rujuk peta ni dulu kalau nak tau lokasi jual beli. Jangan jual diri sudah lah. Haha.
Erm. Jangan sesat ya.
Posted by sriamannews at Tuesday, April 27, 2010

Persiapan Bazaar Ria bermula

Persiapan Bazaar Ria bermula

Caption: PERSEDIAAN...Para peniaga ketika sedang mendirikan gerai masing-masing menjelang sambutan Pesta Benak kelmarin.

SRI AMAN, Selasa (27 April) - Selain acara Regatta, aktiviti Bazaar Ria Benak juga sebenarnya tumpuan utama dikalangan para pengunjung yang bakal menyaksikan sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 dalam bandar ini bermula 28 April (hari ini) hingga 2 Mei kelak.

Ini kerana aktiviti Bazaar Ria Benak bakal menawarkan pelbagai produk menarik seperti pakaian, kraftangan, makanan dan minuman kepada semua pengunjung yang bakal membanjiri Bandar Sri Aman sempena Pesta Benak ini nanti.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak semenjak minggu lepas mendapati bahawa persiapan aktiviti Bazaar Ria Benak oleh para peniaga telah bermula pada lewat petang hari Sabtu lepas hingga ke hari ini.

Menariknya di sini ialah lokasi penganjuran aktiviti Bazaar Ria Benak bertambah 'luas' dengan penambahan lokasi baru iaitu di Jalan Astana dan sepanjang laluan jalan raya antara Pejabat Daerah Sri Aman dan Pasar Tamu.

Semestinya penganjuran aktiviti Bazaar Ria Benak sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 ini dilihat lebih meriah dengan pengunjung menganggap diri mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih atau membeli produk masing-masing pada waktu itu.

"Selama ini aktiviti gerai jualan beraneka (nama sebelumnya) sempena sambutan Pesta Benak yang dahulu hanya diadakan di kawasan Main Bazaar dan juga kawasan laluan kecil di Jalan Kapitan (hadapan Open Air Market).

"Tapi apa saya lihat hari ini ialah persiapan aktiviti Bazaar Ria Benak ini menjangkau hingga ke kawasan Pusat Pemerhatian Benak dan belakang Pasar Tamu Sri Aman. Ini sudah semestinya satu kelainan bagi sambutan Pesta Benak tahun ini," menurut Gilbert anak Meur, 34.

Bagi Usun, 18, aktiviti Bazaar Ria Benak juga bakal dimeriahkan lagi dengan aktiviti pameran oleh jabatan kerajaan dan agensi swasta dari seluruh kawasan ini menjelang sambutan Pesta Benak Sri Aman.

"Ini merupakan satu peluang yang amat baik untuk ibubapa yang membawa anak-anak ke aktiviti Bazaar Ria Benak ini nanti memandangkan mereka boleh menimba pengetahuan baru menerusi lawatan ke tapak aktiviti Bazaar Ria Benak kelak," katanya.

Beliau berpendapat adalah berbaloi untuk ibubapa yang membawa anak-anak pada sambutan Pesta Benak ini nanti untuk berkunjung ke aktiviti Bazaar Ria Benak bermula 28 April hingga 2 Mei kelak.

Terdahulu Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Jack Aman Luat berkata sejumlah 262 buah gerai akan memulakan operasi masing-masing pada aktiviti Bazaar Ria Benak (pameran agensi dan jualan beraneka) bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bermula 28 April hingga 2 Mei nanti ini.

Tamat.
Posted by sriamannews at Tuesday, April 27, 2010
http://sriamannews.blogspot.com/

Monday, April 26, 2010

23 April, 2010
Pengetua dan guru besar perlu tingkatkan kredibiliti majukan sekolah

Caption: TAHNIAH...Rahman (kiri) sedang menyampaikan sijil APC kepada Aishah Mohammad (kanan) dari SK Agama Sri Aman sambil disaksikan oleh Walter (tengah) ketika berlangsungnya majlis itu.

SRI AMAN, Khamis (22 April) - Para guru besar dan pengetua digesa agar mempertingkatkan kredibiliti kepimpinan dalam diri masing-masing bagi mendokong transformasi pendidikan negara di masa akan datang.

Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, Haji Abdul Rahman bin Bolhassan berkata peningkatan kredibiliti kepimpinan dalam diri pengetua dan guru besar secara tidak langsung akan mempengaruhi prestasi kerja para kakitangan sekolah bawah seliaan mereka selepas ini.

"Pengetua dan guru besar perlu menunjukkan kredibiliti kepimpinan masing-masing terhadap guru-guru di bawah seliaan mereka dengan bekerja keras untuk menaikkan prestasi akademik murid-murid di sekolah dari masa ke semasa.

"Usaha mereka ini akan dipandang oleh guru-guru berkenaan. Jika kredibiliti kepimpinan mereka diakui maka para guru secara tidak langsung akan mencontohi komitmen pengetua dan guru besar dalam menaikkan pencapaian akademik sekolah," katanya.

Kredibiliti kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah masing-masing menurut beliau juga sekaligus dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) selepas ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2009 Jabatan Pelajaran Daerah Sri Aman dan Lubok Antu di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Selain itu Rahman juga mahu para penerima APC dari sekolah-sekolah di kawasan Sri Aman dan Lubok Antu untuk terus berusaha bagi mempertingkatkan prestasi kerja masing-masing mula sekarang.

Para penerima katanya haruslah tidak menganggap bahawa pemberian APC hanya sekadar pengiktirafan prestasi kerja masing-masing bagi tahun 2009 namun sebaliknya sebagai penyuntik semangat bekerja untuk diri masing-masing selepas ini.

"Justeru saya berharap agar para guru tidak mudah mengalah dengan cabaran yang mereka terima ketika melaksanakan tugas sebagai seorang guru di sekolah masing-masing di masa akan datang," katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Philip Singkek, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman Muhyuddin dan wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Rickson Jau.

Seramai 168 orang guru dan kakitangan jabatan pelajaran dari kawasan Sri Aman dan Lubok Antu menerima APC yang berlangsung pada jam 2.30 petang hari ini.

Tamat.


Posted by sriamannews at Friday, April 23, 2010
http://sriamannews.blogspot.com/2010/04/pengetua-dan-guru-besar-perlu.html
24 April, 2010
Kuasai bahasa Inggeris - Walter Lamat



Caption:




KAMI JUARA...Pasukan SMK Sri Aman merakamkan gambar kenangan bersama guru pengiring mereka iaitu Ann Nuli sebaik sahaja tamat pertandingan hari ini.

Mugshot: NOORFAZIRA ALI...Pengerusi terbaik.

SRI AMAN, Jumaat (23 April) - Para pelajar perlu menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris demi membolehkan mereka bersaing dalam dunia pasaran kerja di masa akan datang kata Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai.

Tanpa mengenepikan penguasaan masing-masing terhadap Bahasa Melayu, para pelajar menurut beliau haruslah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama kedua demi kebaikan masa depan hidup mereka selepas ini.

"Para pelajar tidak akan mampu bersaing dengan mereka yang telah menguasai sepenuhnya Bahasa Inggeris dari segi soal mencari kerja terutama sekali pada peringkat global jika mereka tidak bertindak menguasai bahasa terbabit mulai sekarang," katanya.

Walter berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Forum Remaja 2010 Peringkat Daerah Sri Aman (Piala Pusingan TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak) bertempat di Dewam Raflessia, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang hari ini.

Selain itu beliau juga mahu semua pihak terutama sekali ibubapa dan guru untuk turun padang bagi menjayakan penganjuran program bercorak Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing selepas ini.

"Sumbangan mereka secara tidak langsung akan mewujudkan golongan modal insan berkualiti yang berkemampuan dalam menguasai Bahasa Inggeris demi mendokong aspek pembangunan negara dari segala aspek di masa akan datang," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengetua SMKS, Haji Ibrahim Jamain, Pengerusi AJK Pertandingan Forum Remaja 2010, Engkamat Slapok, para guru, kakitangan sekolah dan pelajar dari sekolah terbabit.

Terdahulu Pasukan SMK Sri Aman muncul juara Pertandingan Forum Remaja 2010 Peringkat Daerah Sri Aman anjuran Kerajaan Negeri Sarawak, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) cawangan Sarawak dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

SMK Sri Aman yang dianggotai oleh Noorfariza Ali selaku pengerusi, Noor Asmida Boyang, Norrasahah Jamadi, Rozie Adenan dan Atiqah Mat Salleh itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, piala kejuaraan dan buku sumbangan DBP.

Manakala kedudukan naib juara pula disandang oleh pasukan SMK Engkilili yang dianggotai oleh Susan Jittai selaku pengerusi, Jelanie Liam, Alyster Illa Matan, Veronica Alan dan Natasha Achu. Pasukan berkenaan membawa pulang hadiah berupa piala naib juara dan buku hasil sumbangan DBP.

Pasukan tuan rumah iaitu SMK Simanggang pula menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan ini. SMKS yang dianggotai oleh Dayang Nadia Abang Shahyan selaku pengerusi, Sharifah Noorfanizan Wan Mohd Arbi, Jenny Buyung dan Fyralina Dondon Ramsey membawa pulang hadiah berupa piala tempat ke-3 dan buku hasil sumbangan DBP.

Noorfazira Ali dari SMK Sri Aman telah dinobatkan sebagai pengerusi terbaik manakala Fyrallina Dondon anak Kamsay dari SMK Simanggang pula dinobatkan sebagai forumer terbaik pada pertandingan berkenaan.

Tiga buah lagi sekolah yang mendapat hadiah saguhati berupa sumbangan buku daripada DBP ialah SMK Lubok Antu, SMK Saint Luke dan SMK Melugu. Pasukan juara akan mewakili Daerah Sri Aman ke Pertandingan Forum Remaja 2010 Peringkat Negeri Sarawak pada 18 Mei ini.

Tamat.
Posted by sriamannews at Saturday, April 24, 2010
http://sriamannews.blogspot.com/2010/04/kuasai-bahasa-inggeris-walter-lamat.html

SK Munggu Bringin anjur kem pengawas dan ketua darjah

24 April, 2010
SK Munggu Bringin anjur kem pengawas dan ketua darjah



Caption: SERONOK...Lucy Chou sedang memerhatikan para peserta melakukan aktiviti kumpulan ketika berlangsungnya Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 di SK Munggu Bringgin kelmarin.

PANTU, Sabtu - Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, Pantu telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 bertempat di sekolah terbabit kelmarin.

Program yang dikelolakan oleh Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dari SMK Saint Luke (GCBKSM), Lucy Chou Mee Hong ini membabitkan para pengawas dan ketua darjah dari sekolah itu sendiri selain penglibatan 16 orang pengawas dan ketua darjah dari SK Selanjan, Pantu.

Lucy ketika ditemui menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk memastikan para pengawas dan ketua darjah mampu melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi selepas ini.

"Pengawas dan ketua darjah merupakan sekumpulan pelajar yang dipilih khas untuk membantu pihak sekolah mengawas dan menjaga disiplin lain-lain pelajar di sekolah sepanjang masa.

"Oleh itu satu program dianjur demi melahirkan para pengawas dan ketua darjah yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan seterusnya melengkapi diri mereka dengan kemahiran yang perlukan semasa menjalankan tugas harian masing-masing di sekolah," katanya.

Bagi menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 ini pihaknya telah mengadakan latihan dalam kumpulan (LDK), team building, nyanyian, permainan dan pembentangan.

"Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 ini merupakan adalah lanjutan daripada “Projek Sekolah Angkat 2010” yang mana SK Munggu Bringin telah dipilih untuk tujuan projek berkenaan.

"Maka itu diharap agar program SMK Saint Luke ini dapat mempertingkatkan perstasi akademik dan kepimpinan kesemua para peserta yang terlibat di masa akan datang. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," menurut beliau.

Tamat.
Posted by sriamannews at Saturday, April 24, 2010

Sunday, April 25, 2010

Anugerah Khas Ketua Menteri ( AKKM ) 2010 Bil 1/2

Salam..

Untuk makluman semua warga pendidik, berikut adalah pencalonan bagi kategori AKKM 2010 :

1) Pengetua Cemerlang
2) Guru Besar Cemerlang
3) Sekolah Menengah Cemerlang
4) Sekolah Rendah Cemerlang
5) Pelajar SPM/ Penan / OKU Cemerlang

Tarikh tutup ialah pada 21 Mei 2010.
Semua pencalonan perlu disahkan oleh PPD masing - masing.

Semua warga pendidik dijemput untuk menghantar borang pencalonan bagi kategori yang bersesuaian kepada urus setia seperti yang dinyatakan dalam surat rasmi.

Personal Message (Offline)


Anugerah Khas Ketua Menteri ( AKKM ) 2010 Bil 1/2
« on: April 15, 2010, 12:24:23 PM »
Reply with quoteQuote
Salam..

Untuk makluman semua warga pendidik, berikut adalah pencalonan bagi kategori AKKM 2010 :

1) Pengetua Cemerlang
2) Guru Besar Cemerlang
3) Sekolah Menengah Cemerlang
4) Sekolah Rendah Cemerlang
5) Pelajar SPM/ Penan / OKU Cemerlang

Tarikh tutup ialah pada 21 Mei 2010.
Semua pencalonan perlu disahkan oleh PPD masing - masing.

Semua warga pendidik dijemput untuk menghantar borang pencalonan bagi kategori yang bersesuaian kepada urus setia seperti yang dinyatakan dalam surat rasmi.


* BORANG PENCALONAN_AKMGB10 _GURU BESAR.DOC (123.5 KB - downloaded 21 times.)
* BORANG PENCALONAN AKMSC10R_SEKOLAH RENDAH.xls (68 KB - downloaded 33 times.)
* BORANG PENCALONAN AKMSC10M_ SEKOLAH MENENGAH.xls (73 KB - downloaded 23 times.)
* BORANG PENCALONAN AKMPEN10_ PENGETUA.DOC (156 KB - downloaded 9 times.)
* BORANG PENCALONAN AKMPC10_ PELAJAR CEMERLANG.doc (121 KB - downloaded 18 times.)

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42386.0.html

101 Keyboard Shortcut

Untuk kegunaan dan manfaat semua...

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box Keyboard Shortcuts

CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
TAB (Move forward through the options)
SHIFT+TAB (Move backward through the options)
ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
ENTER (Perform the command for the active option or button)
SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Windows Logo (Display or hide the Start menu)
Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Windows Logo+D (Display the desktop)
Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
Windows Logo+E (Open My Computer)
Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
Windows Logo+U (Open Utility Manager)

Accessibility Keyboard Shortcuts

Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Windows Logo +U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts

END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map

After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
ALT+F4 (Close the console)
ALT+A (Display the Action menu)
ALT+V (Display the View menu)
ALT+F (Display the File menu)
ALT+O (Display the Favorites menu)
MMC Console Window Keyboard Shortcuts
CTRL+P (Print the current page or active pane)
ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)


Remote Desktop Connection Navigation

CTRL+ALT+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box)
ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
ALT+HOME (Display the Start menu)
CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
ALT+DELETE (Display the Windows menu)
CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Navigation

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42444.0.html

Pindaan Mendapat Permohonan Perbelanjaan Rawatan di Instituisi Jantung Negara

Ruj. Kami : JPA (SARAAN) (S) 264/15/16-4 Jld.8 ( 60 )
Tarikh : 21 April 2010
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Tuan,

PINDAAN PERATURAN PERMOHONAN PERBELANJAAN
KEMUDAHAN PERUBATAN BAGI RAWATAN DI INSTITUT
JANTUNG NEGARA SDN. BHD.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya
peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan bagi
rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) sebagaimana
yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009
(PP Bil. 21/2009) dipinda untuk membolehkan permohonan tersebut
dipertimbangkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).

3. Sehubungan dengan itu, semua perenggan/ penjelasan dalam
PP Bil. 21/2009 yang menetapkan bahawa permohonan perbelanjaan
kemudahan perubatan bagi rawatan di IJNSB diluluskan oleh Ketua
Jabatan adalah dengan ini dipinda. Dengan berkuatkuasanya pindaan
ini, permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan bagi rawatan
di IJNSB bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara
Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli
keluarga mereka yang layak adalah diuruskan dan diluluskan oleh
KKM.

4. Pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2009.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( DATO’ BASARUDDIN BIN SADALI )
Pengarah Bahagian Saraan
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

s.k.:
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri
Semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42592.0/topicseen.html

Murid Tahun Satu dakwa dicabul jaga.

Murid Tahun Satu dakwa dicabul jaga
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/04/24
Suspek arah mangsa buka pakaian dalam tandas

KUALA LUMPUR: Seorang murid perempuan Tahun Satu dicabul di dalam tandas sekolah oleh seorang pengawal keselamatan sekolah berkenaan, di Batu Arang, Rawang di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang bersekolah di sebuah sekolah jenis kebangsaan dekat Rawang itu dikatakan bersendirian ke tandas untuk membuang air kecil sebelum didatangi suspek yang berusia 44 tahun dan mengarahkannya membuka pakaian. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata mangsa yang mengalami ketakutan selepas dicabul suspek itu kemudian menceritakan kejadian yang menimpa kepada ibunya sebaik pulang dari persekolahan sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Mengikut keterangan mangsa kepada ibunya, ketika dalam perjalanan ke tandas, seorang pengawal keselamatan itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan, namun tidak mengesyaki sebarang tindakan pelik berikutan tugasnya menjaga ke selamatan sekolah.

“Sebaik mangsa memasuki tandas itu, secara tiba-tiba suspek menolak pintu dan berada di dalam bilik air itu bersama sebelum mengarahkan mangsa membuka pakaian dan suspek bertindak berani dengan mencabul mangsa,” katanya ketika dihu-bungi, semalam.

Rosly berkata, bertindak atas laporan, beberapa anggota polis dikerahkan ke sekolah berkenaan dan di rumah suspek tidak jauh dari sekolah bagi menahannya untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
“Sebaik sampai di lokasi kejadian, polis mendapati suspek sudah berhenti kerja pada hari kejadian dan keadaan di rumahnya juga didapati kosong dipercayai melarikan diri sebaik menyedari diburu pihak berkuasa.

“Gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42619.0.html

Tubuh majlis baiki sistem pendidikan- Utusan.com

HULU SELANGOR 24 April - Kerajaan akan menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan Negara (MPPN) dalam masa terdekat bagi menambah baik dan melonjakkan lagi kecemerlangan sistem pendidikan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakar-pakar daripada pelbagai bidang akan dijemput untuk bekerjasama dengan tenaga pemikir Kementerian Pelajaran bagi merencanakan idea baru untuk memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Majlis itu berperanan mengenal pasti kelemahan pada sistem sedia ada.

"Langkah ini bukan bererti kerajaan tidak mempunyai kepakaran tetapi jika semua tenaga pakar yang ada digembleng, banyak masalah dapat diatasi dalam usaha melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf antarabangsa.

"Ini penting, kerana bidang pendidikan memainkan peranan paling kritikal dalam melahirkan modal insan terpelajar dan pelbagai idea baru diperlukan untuk menjayakannya ," kata beliau ketika berucap merasmikan Program Menara Ilmu, Kecemerlangan Pendidikan 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali, anjuran Yayasan Nurul Yaqeen, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta ibu bapa tidak gusar dengan langkah kementerian itu memperkenalkan konsep 1Murid 1Sukan.

Katanya, pendekatan itu bertujuan memperkasakan semula aktiviti sukan di peringkat sekolah.

Ia wajar disokong kerana sukan mampu membentuk sahsiah diri para pelajar dan pada masa sama, merupakan aktiviti yang menyihatkan.

"Saya dengar ramai para pelajar dan murid sekarang mengalami masalah obesiti kerana kurang pendedahan dan penglibatan dalam aktiviti sukan.

"Kalau pun mereka tidak cemerlang dalam bidang sukan tetapi aktiviti ini mampu membentuk disiplin dan boleh mengisi masa terluang mereka daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah," katanya.

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42631.0.html

PENGAMBILAN PESERTA PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) FASA AKHIR

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengambilan Peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Fasa Akhir 2010-2013 sedang dibuka. Sila dapatkan borang terus daripada laman sesawang IAB iaitu www.iab.edu.my. Borang hendaklah disahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan dihantar ke IAB pada atau sebelum 15 Mei 2010 untuk sesi pentaksiran.

Maklumat berkaitan juga boleh dimuaturun daripada School Administrator Port (Headmaster).

MUHAMMAD B. SABLI
Setiausaha Majlis Guru Besar Sarawak

http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42575.0.html

Maklumat PPPS Yang Memegang Ijazah Kedoktoran

Adalah dimaklumkan bahawa BPPDP sedang menyediakan Kertas Cadangan Kenaikan Pangkat Secara Fast Track Bagi Pemegang Ijazah Kedoktoran di KPM. Sehubungan dengan itu, semua PPPS yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah dipohon untuk menghubungi Ketua Jabatan/Bahagian masing-masing bagi memastikan nama tuan/puan dan butiran maklumat yang diperlukan (sila rujuk Lampiran) diserahkan kepada BPPDP sebelum atau pada 21 April 2010 untuk dikemukakan kepada Search Committee KPM.

Tuan/puan juga digalakkan untuk menghantar nama dan butiran maklumat yang diperlukan kepada Dr. Zabani Darus (zabani@gmail.com) atau Dr. Zaini Ahmad (zaini.ahmad@moe.gov.my) bersama sesalinan sijil ijazah kedoktoran yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

Kerjasama tuan/puan juga dipohon untuk mewarwarkan perkara ini kepada PPPS yang mempunyai ijazah kedoktoran bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah lengkap dan menyeluruh.



- Bahagian Perancangan dan Penilaian Dasar pendidikan -
http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42507.0.html

Saturday, April 10, 2010

Misteri Etnik: Orang Tatau Oleh Mohamad Muda

Misteri Etnik: Orang Tatau
Oleh Mohamad Muda

2010/04/11

sebelum - selepas
" border="0"> Kaum wanita Tatau menjemur buah gabang." border="0"> Jalong (tengah) bersama sebahagian anak buahnya." border="0"> Suku kaum Tatau turut mengusahakan barangan cenderamata untuk dijual." border="0">

Kaum ini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang masih berdarah Tatau tulen

WALAUPUN bukan berkaitan jasa atau pengorbanan dilakukan demi kepentingan bangsa dan negara, peribahasa ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’ tetap sinonim dengan senario semasa kehidupan satu daripada 42 etnik terkini di Sarawak, iaitu Orang Tatau.
Ini kerana suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Hulu di daerah Tatau di bahagian tengah Bumi Kenyalang itu kini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang yang dikatakan benar-benar berdarah minoriti berkenaan, itupun masing-masing sudah memasuki era warga emas. Sungguhpun demikian, nama Tatau tercatat dalam peta Sarawak sebagai sebuah daerah yang kini pesat membangun dengan menjadikan pekan yang juga dikenali dengan nama Tatau - pusat pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan kawasan yang berhampiran Bintulu itu.

Selain etnik Tatau, daerah dengan keluasan 4,945.8 kilometer persegi itu, kini didiami sekitar 30,000 penduduk pelbagai kaum, antaranya Iban, Melanau, Cina, Punan, Beketan, Kayan dan Kenyah.

Daerah berkenaan dinamakan sedemikian sempena nama etnik Tatau yang diriwayatkan sebagai imigran pertama meneroka penempatan bermula di hulu sungai, kemudian berpindah randah ke hilir hingga ke kawasan Pekan Tatau kini.

Kewujudan suku kaum dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia dengan golongan tuanya masih mengamalkan kepercayaan animisme itu kini tidak lagi diketahui ramai melainkan golongan tua termasuk etnik lain di daerah berkenaan.
Malah penulis yang cuba mendapatkan taburan dan kawasan penempatan terkini suku kaum itu daripada sumber Muzium Sarawak sebelum menerjah ke Pekan Tatau dan pedalamannya, juga gagal kerana kekurangan maklumat mutakhir mengenainya.

Penulis yakin suku kaum itu wujud di daerah Tatau kerana pernah mendengar kehidupan mereka yang lazimnya dipanggil Orang Tatau oleh masyarakat tempatan ketika berkhidmat sebagai guru di pedalaman daerah berkenaan kira-kira 28 tahun lalu.

Berbekalkan keyakinan itu, Rumah Jalong yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari Pekan Tatau diterjah setelah dikhabarkan ia satu-satunya rumah panjang di daerah berkenaan didiami orang Tatau yang masih ada.

Memang benar keturunan asal suku kaum itu di ambang kepupusan, fikir penulis kerana daripada sejumlah 190 rumah panjang di daerah berkenaan, cuma sebuah didiami etnik Tatau dengan penghuninya seramai 108 orang.

Ketua Kampung atau Tuai Rumah Panjang Jalong, Jalong Ak Anyik, 62, yang akur dengan hakikat itu mengesahkan cuma tinggal lapan orang berketurunan asal orang Tatau, manakala yang lain berdarah campuran berikutan perkahwinan dengan kaum lain.

Beliau salah seorang daripada etnik Tatau asal bagaimanapun, berkata semua penghuni Rumah Jalong dikategorikan Orang Tatau walaupun asalnya suku kaum lain. Jika ada pemuda atau gadis kaum lain berkahwin dengan suku kaum itu dan tinggal di Rumah Panjang Jalong serta mengamalkan cara hidup etnik berkenaan, mereka juga dikira Orang Tatau.

“Berdasarkan cerita lisan orang tua, datuk nenek kami berasal dari Kalimantan, Indonesia dan meneroka kawasan ini sebagai penempatan baru sejak beratus tahun lalu. Pada awalnya keturunan kami sangat ramai, bagaimanapun kini tinggal beberapa kerat saja," katanya ketika ditemui di Rumah Jalong, Tatau yang dinamakan sempena namanya sebagai ketua rumah panjang itu, baru-baru ini.

Sungguhpun cuma sebuah rumah panjang etnik Tatau yang masih tinggal, darah keturunan suku kaum itu dikatakan ‘mengalir’ di mana-mana rumah panjang etnik lain di daerah berkenaan berikutan perkahwinan campur.

Jalong yang juga berkahwin campur dengan perempuan Iban menjelaskan, peristiwa suku kaum itu diserang sejenis penyakit ganjil pada peringkat awal penempatan antara faktor utama keturunannya berkurangan.

Begitupun, populasi etnik Tatau semakin hilang, melainkan namanya terus menjadi sebutan, Jalong yang berpegang kepercayaan pagan berusaha sedaya mampu mengekal cara dan adat resam kehidupan suku kaumnya supaya terus kekal.

Sekalipun dilanda arus pembangunan dan permodenan, katanya, sebagai ketua beliau bertanggungjawab mengekalkan warisan suku kaum sejak berzaman itu, contohnya dari segi cara hidup dan penggunaan bahasa Tatau di kalangan penghuni Rumah Jalong.

Oleh itu, tidak hairanlah jika semua orang rumah panjang itu berusaha menggunakan bahasa Tatau ketika berkomunikasi antara satu sama lain, termasuk di kalangan kaum lain yang menjadi keluarga baru minoriti itu.

“Di kalangan kami terutama dalam perbualan harian, seboleh-bolehnya bahasa Tatau digunakan untuk berhubung, termasuk oleh kaum lain yang berkahwin dengan anak buah saya dan tinggal di rumah panjang ini.

“Mereka mesti cakap bahasa kami. Pada awalnya mereka tidak tahu dan faham tetapi setelah sebulan dua bersama, mereka tahu, faham dan dapat menguasainya dengan baik.

“Bagi orang luar yang datang ke rumah kami atau ketika berinteraksi di tempat lain, lazimnya kami gunakan bahasa yang boleh mereka fahami. Contohnya, jika dengan orang Melayu, bahasa Melayu digunakan, dengan orang Iban, bahasa Iban pula kami gunakan. Begitu juga dengan kaum lain,” katanya.

Jalong berkata bahasa Tatau tidak sukar kerana sebahagian kosa katanya, terutama dari segi bunyi mudah diingat, selain mempunyai persamaan sebutan dengan bahasa suku kaum lain.

Sebagai contoh, katanya, bagi perkataan 'makan' atau 'minum' sesuatu, dalam bahasa Tatau disebut 'kuman asik' untuk makan nasi, 'kuman mi' untuk makan mi, dan 'kuman milo' bagi minum milo.

Ikatan persaudaraan kukuh di rumah panjang

MENCANTUMKAN cerita asal usul penempatan tiga suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Ulu di daerah Tatau, Sarawak, iaitu Tatau, Punan Kakus dan Beketan, terbukti mereka mempunyai hubungan serumpun sejak awal, terutama dari segi keturunan.

Ini kerana sejak peringkat awal penempatan mereka di daerah berkenaan dianggarkan 300 tahun lalu, malah hingga kini pun, masih berlaku perkahwinan campur antara pemuda dan gadis tiga suku kaum itu.

Sehubungan itu, tidak hairanlah jika ada Orang Tatau yang menyatakan saudara mereka tinggal di rumah panjang suku kaum Punan Kakus atau Beketan yang juga mendiami kawasan tepi Sungai Tatau serta dua lagi sungai di hulu daerah berkenaan, iaitu Sungai Kakus dan Sungai Anap.

Seperti Orang Tatau, seseorang dari suku kaum lain juga dianggap etnik Punan Kakus jika tinggal di rumah panjang sama dan mengamalkan cara hidup minoriti itu, begitu juga dengan suku kaum Beketan.

Tuai Rumah Panjang Ado yang mengetuai etnik Punan Kakus, Ado anak Bilung, 53, berkata sejak awal penempatan minoriti berasal dari Belaga di daerah Tatau juga membabitkan perkahwinan ketua kaumnya dengan anak perempuan orang kenamaan suku kaum Tatau.

“Sewaktu nenek moyang kami berhijrah ke sini (daerah Tatau), Orang Tatau sudah ada... lalu raja kami berkahwin dengan puteri orang besar kaum Tatau. Sebab itulah dari segi keturunan sekarang, walaupun berlainan etnik, ada yang bersaudara.

“Keadaan ini berterusan, perkahwinan bukan saja membabitkan Orang Tatau atau Beketan, malah kaum lain juga ada yang berkahwin dengan suku kaum Punan Kakus,” katanya.

Kebanyakan perkara khususnya membabitkan adat, kebudayaan dan kepercayaan ketiga-tiga suku kaum itu juga tidak jauh berbeza dan mereka juga saling memahami terutama dari segi adat resam dan cara hidup.

Bagi menjaga kebajikan serta menjalankan pelbagai urusan berkaitan Orang Ulu di daerah Tatau yang juga merangkumi suku kaum Kayan dan Kenyah, seorang daripada etnik terbabit dilantik kerajaan sebagai ketua, kini Penghulu Sanok.

Bekas guru besar beberapa sekolah rendah yang juga penduduk tempatan, Salamun Ibrahim, mengesahkan perkara itu berlaku kerana beliau sendiri yang berketurunan Melanau Muslim mempunyai saudara mara dekat di kalangan etnik Tatau

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_OrangTatau/Article/index





Friday, April 9, 2010

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010




MOHON DIHEBAHKAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI SARAWAK

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami percaya masalah teknikal SPPICTS telah diatasi. Dengan mengambil kira jumlah sekolah yang terlibat, kami terpaksa menjadualkan semula pengisian data supaya masalah lain seperti kesesakan rangkaian tidak mengganggu pungutan data sekolah. Berikut adalah jadual baru:

JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
KUTIPAN 1/2010 (12 April – 9 Mei 2010)

Johor: 12 – 13 April 2010 (2 hari)
Perak: 14 – 15 April 2010 (2 hari)
Melaka & Perlis: 16 April 2010 (1 hari)
Kelantan: 18 April 2010 (1 hari)
Sabah: 19 – 20 April 2010 (2 hari)
Sarawak: 21 – 23 April 2010 (3 hari)
Kedah: 25 – 26 April 2010 (2 hari)
Selangor: 27 – 28 April 2010 (2 hari)
Negeri Sembilan: 29 April 2010 (1 hari)
Pahang: 30 April 2010 (1 hari)
Pulau Pinang: 3 Mei 2010 (1 hari)
Terengganu: 4 Mei 2010 (1 hari)
W Persekutuan (KL, Labuan & Putrajaya): 5 Mei 2010 (1 hari)

[Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua sekolah. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua sekolah yang terlewat.]

3. Untuk mengelakkan kesesakan rangkaian, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ). Disertakan jadual di atas dalam bentuk PDF dan maklumat ini juga terdapat dalam portal SPPICTS. Pihak tuan/puan dipohon untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua pihak yang terlibat.

4. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat (iaitu: Capaian Internet, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, EduWebTV, Peralatan PPSMI, Perisian Kursus Pendidikan, ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & Perkongsian Pintar) diisi dengan lengkap. Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.

5. Sekali lagi, kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada Unit Data BTP ( unitdata@moe.edu.my ). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.



Saya yang menurut perintah,

Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data, Sektor Dasar
Bahagian Teknologi Pendidikan
Tel: 03-20987933 Emel: unitdata@moe.edu.my)


En Ismail Wasli
BTPN Sarawak
082-661669


MOHON DIHEBAHKAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI SARAWAK

PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA TAHUN 2010

Bersama-sama ini dikongsikan maklumat berkaitan yang dimuat turun dari laman KPM untuk makluman kita bersama.

Sumber : Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2010/1270805491.pdf)

Ruj. Kami : KP(PP) 0022/252 ( 8 )
Tarikh : 22 Mac 2010

PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI
MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg Datuk/ Dato’/ tuan/ puan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa peruntukan untuk latihan dalam perkhidmatan di KPM bagi tahun 2010 telah dikurangkan tetapi setiap anggota KPM masih perlu memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun. Oleh itu, langkah alternatif untuk memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun bagi setiap anggota KPM selain menerusi kaedah Blended Training Approach (sesi perkongsian ilmu, Executive Talk, program pementoran dan sebagainya yang boleh dikira dengan enam (6) jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) perlu diambil.

3. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan supaya kursus 7 hari setahun bagi setiap anggota KPM dalam tahun 2010 boleh digantikan dengan pembacaan buku. Pembacaan buku adalah sebagai alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pelaksanaan pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus ini adalah melalui dua pendekatan seperti berikut :-

(i) sekiranya anggota KPM memenuhi keperluan 7 hari kursus, maka
tiada pembacaan buku diperlukan; dan

(ii) bilangan buku yang perlu dibaca adalah bergantung kepada bilangan
hari kursus yang diperlukan untuk memenuhi 7 hari kursus seperti
yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005.

4. Kaedah pelaksanaan pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus
dilaksanakan melalui mekanisme seperti berikut :-

(i) Ketua Jabatan atau Panel Khas di Bahagian/ Jabatan akan
menentukan jenis bahan bacaan atau jenis perkongsian pengalaman
kerja yang ditetapkan;
(ii) Pembentangan dan penulisan sinopsis buku yang disediakan perlu
meliputi perkara-perkara berikut :-
( a ) Ringkasan Eksekutif;
( b ) Pembelajaran yang diperolehi; dan
( c ) Aplikasi di dalam Organisasi;
(iii) Pembentangan ke atas pembacaan buku boleh diadakan dalam majlis
rasmi seperti mesyuarat, perhimpunan bulanan Bahagian/ Jabatan, sesi perkongsian ilmu, sesi pembelajaran, sesi perbincangan dan sebagainya dengan penyertaan oleh pembentang, pegawai penilai dan anggota organisasi berkenaan;
(iv) Tempoh pembentangan adalah mengikut kumpulan kategori pegawai
KPM dalam lingkungan 10 minit hingga 15 minit;
(v) Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan ataupun oleh
seorang pegawai yang satu gred lebih tinggi daripada pembentang;
dan
(vi) Ada sesi soal jawab.

5. Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sinopsis adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut :-
(i) Pengurusan Tertinggi / JUSA
Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sinopsis buku
adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan;
(ii) Pengurusan & Profesional (Gred 41 – 54)
Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan;
(iii) Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17 – 40)
Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan; dan
(iv) Kumpulan Sokongan 2 (Gred 16 ke bawah)
Pembentangan ke atas pembacaan buku/ pengalaman kerja adalah diwajibkan tanpa penulisan sinopsis buku.
Maklumat terperinci mengenai kaedah pelaksanaan adalah seperti di Lampiran A.

6. Sehubungan dengan itu, kerjasama Ketua-Ketua Jabatan/ Bahagian adalah
dipohon untuk melaksanakan kaedah latihan secara pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus di Jabatan/ Bahagian masing-masing pada tahun 2010. Keutamaan masih diberikan kepada pegawai atau kakitangan menghadiri kursus sekiranya Jabatan/Bahagian masing-masing mempunyai peruntukan yang cukup.

7. Dengan sukacitanya surat siaran ini dikemukakan kepada Y. Bhg Datuk/ Dato’/
tuan/ puan untuk dipanjangkan kepada semua anggota Jabatan/ Bahagian di bawah
pentadbiran masing-masing.

8. Di atas segala kerjasama Y. Bhg Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



(KHALID BIN ABU BAKAR)
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, April 5, 2010

Muat turun: Installer KMLDP Versi_2010


Salam sejahtera,

Sila muat turun installer KMLDP versi_2010 untuk
digunakan bagi semua aktiviti LDP school-based yang dilaksanakan oleh sekolah
pada tahun 2010.

Semua aktiviti LDP school-based yang dijalankan oleh sekolah sepanjang tahun 2010
hendaklah dimasukkan dalam KMLDP versi_2010.

Hanya text file perlu dieksport untuk diemelkan kepada saya (nuraiman40@gmail.com) dan c.c kepada PPD masing-masing.

Kutipan KMLDP tahun 2010 dilakukan sebanyak 3 peringkat:
Fasa 1: 15 Mei 2010 (Untuk aktiviti 1 januari hingga 30 april 2010)
Fasa 2: 15 Ogos 2010 (Untuk aktiviti 1 Mei hingga 31 Julai 2010)
Fasa 3: 15 November 2010 (Untuk aktiviti 1 Ogos hingga 30 Oktober 2010)

Semua SULDP sekolah sila ambil maklum dan bertindak segera.


Jika ada masalah tentang sistem tersebut sila berhubung terus dengan saya
di sektor ini.

Sekian. Terima kasih.

* dbKMLDPverSek.rar (822.03 KB - downloaded 8 times.)


NM Aiman
Bidang Matematik
SPA, JPS
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Sarawak

sumber : http://forum.engkabang.net/index.php/topic,42117.msg369879/topicseen.html#new

Cuti Persekolahan 2010

sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/sh2010.php


  • Cuti Persekolahan 2010

Kumpulan A

Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Bil. Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2010
31.01.2010
21
Hari Persekolahan
01.02.2010
28.02.2010
20
Hari Persekolahan
01.03.2010
11.03.2010
9
Cuti Pertengahan Penggal
12.03.2010
20.03.2010
9
Hari Persekolahan
21.03.2010
31.03.2010
9
Hari Persekolahan
01.04.2010
29.04.2010
21
Hari Persekolahan
02.05.2010
31.05.2010
22
Hari Persekolahan
01.06.2010
03.06.2010
3
Cuti Pertengahan Tahun
04.06.2010
19.06.2010
16
II
Hari Persekolahan
20.06.2010
30.06.2010
9
Hari Persekolahan
01.07.2010
29.07.2010
21
Hari Persekolahan
01.08.2010
31.08.2010
23
Hari Persekolahan
01.09.2010
02.09.2010
2
Cuti Pertengahan Tahun
03.09.2010
11.09.2010
9
Hari Persekolahan
12.09.2010
30.09.2010
15
Hari Persekolahan
03.10.2010
31.10.2010
21
Hari Persekolahan
01.11.2010
18.11.2010
14
Cuti Akhir Tahun
19.11.2010
01.01.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Kumpulan B

Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Bil. Hari
I
Hari Persekolahan
04.01.2010
29.01.2010
20
Hari Persekolahan
01.02.2010
26.02.2010
20
Hari Persekolahan
01.03.2010
12.03.2010
10
Cuti Pertengahan Penggal
13.03.2010
21.03.2010
9
Hari Persekolahan
22.03.2010
31.03.2010
8
Hari Persekolahan
01.04.2010
30.04.2010
22
Hari Persekolahan
03.05.2010
31.05.2010
21
Hari Persekolahan
01.06.2010
04.06.2010
4
II
Cuti Pertengahan Tahun
05.06.2010
20.06.2010
16
Hari Persekolahan
21.06.2010
30.06.2010
8
Hari Persekolahan
01.07.2010
30.07.2010
22
Hari Persekolahan
02.08.2010
31.08.2010
22
Hari Persekolahan
01.09.2010
03.09.2010
3
Cuti Pertengahan Penggal
04.09.2010
12.09.2010
9
Hari Persekolahan
13.09.2010
30.09.2010
14
Hari Persekolahan
01.10.2010
29.10.2010
21
Hari Persekolahan
01.11.2010
19.11.2010
15
Cuti Akhir Tahun
20.11.2010
02.01.2011
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hari Kelepasan Am 2010 / Cuti Persekolahan 2010

sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/ph10index.php

Sunday, April 4, 2010

Rumah kabin ganti bilik di bawah kelas


Rumah kabin ganti bilik di bawah kelas
Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my
2010/04/04
Selesai masalah kediaman guru SK Long Lutin

KUCHING: Kementerian Pelajaran akan membina rumah kabin sebagai kediaman empat guru termasuk sepasang suami isteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin, Ulu Baram, yang terpaksa tinggal di bawah bilik darjah di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan mengemukakan cadangan bagi mengeluarkan peruntukkan kecemasan untuk membina rumah guru kabin itu.
Beliau berkata pembinaan rumah guru kabin dengan kos kira-kira RM100,000 seunit adalah pendekatan berkesan untuk menyelesaikan masalah kediaman guru itu dengan segera.
Saya amat terkejut apabila terbaca laporan akhbar mengenai nasib guru di SK Long Lutin itu dan lebih mengejutkan apabila masalah kediaman guru itu berlarutan sejak tiga tahun yang saya rasa tempoh terlalu panjang dan cukup mencabar bagi guru terbabit.

Saya akan meminta Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak supaya mengemukakan laporan segera berhubung masalah itu, katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan nasib guru berkenaan yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran enam meter panjang dan tiga meter lebar dengan ketinggian hanya dua meter kerana kediaman guru sedia ada tidak mencukupi.

Sambil menyuarakan rasa kagumnya terhadap pengorbanan guru berkenaan, Mohd Puad turut mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kediaman guru di kawasan pendalaman dan pihaknya memerlukan maklumbalas daripada pelbagai pihak untuk mengesan sebarang masalah yang perlu diberi keutamaan.
Dalam hal ini (SK Lutin), saya hanya mengetahui masalah itu daripada laporan akhbar yang jelas mendedahkan masalah yang dihadapi guru terbabit.

Jika masalah seperti ini berlarutan, kita akan terus menghadapi kesukaran untuk menghantar guru ke pedalaman, katanya.


Guru sanggup tidur bawah bilik darjah demi pendidikan anak Penan

Guru sanggup tidur bawah bilik darjah demi pendidikan anak Penan


2010/04/02
LONG LATIN (ULU BARAM): Empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang guru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang sedia ada tidak mencukupi.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin, Edward Ngullie Anggun, berkata sekolah terbabit yang dibina sekitar awal tahun 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.
"Sebagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut kami terpaksa membina dua bilik untuk kediaman guru di bawah kelas serta satu lagi dijadikan bilik darjah kerana kemudahan kediaman yang sedia ada memang tidak mencukupi," katanya.
Helleh Lihan, 29, guru kelas peralihan di sekolah terbabit berkata dia dan suaminya Fanuel Gerawal Edom, 26, terpaksa tinggal dalam sebuah bilik yang sempit di bawah bilik darjah sejak tiga tahun lalu.

Katanya, walaupun begitu mereka tetap bersyukur kerana mempunyai tempat untuk tinggal dan ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak orang Penan di kawasan Ulu Baram.

"Sememangnya kami mahu kerajaan menyediakan kemudahan kediaman yang lebih baik khasnya untuk sekolah pedalaman seperti ini, memang susah dan ia tidak dapat digambarkan melainkan pihak yang berwajib sendiri yang datang dan melihat ke sini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru di sekolah terbabit Benjamin Lenjan, 45, berkata dia kini terpaksa tinggal dalam sebuah rumah guru yang hanya menunggu masa untuk runtuh.
Katanya, sejak enam tahun di sekolah terbabit pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk mendapatkan kediaman baru guru namun setakat ini mereka masih lagi menunggunya dengan penuh sabar.

"Kalau difikirkan rumah guru ini memang tidak lagi selamat untuk diduduki lebih-lebih lagi kedudukannya di tepi sungai dan ketika hujan memang banyak ruang dalam rumah yang basah," katanya.

Hampir 100 peratus daripada 209 murid di sekolah terbabit adalah anak-anak kaum Penan dari tujuh buah kampung dari sekitar Long Lutin dan semua murid terbabit tinggal di asrama.

Sementara itu, guru dari Semenanjung Malaysia, Nor Fazilan Abdul Razak, 26, yang berasal dari Kedah yang mengajar di SK Long Kevok di sini berkata pada mulanya memang sukar untuk mereka menyesuaikan diri dengan keadaan di Ulu Baram.

Katanya, masalah utama di sekolah terbabit adalah perhubungan dan pekan yang paling dekatpun mengambil masa kira-kira empat kelima jam perjalanan menggunakan jalan balak dan ia turut bergantung kepada keadaan cuaca.

Rakannya, Nor Hasnora Jali dari Pahang berkata, selepas melihat nasib masyarakat Penan di Ulu Baram, dia berasa bersemangat untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada mereka.

Katanya, berkhidmat jauh di pedalaman satu perkara yang ditakuti sesetengah guru-guru lepasan maktab namun baginya ia adalah satu pengalaman baru yang begitu berharga kepada kerjaya seorang guru.

"Apa yang kita buat di sini hari ini nampak kecil, tapi pada masa hadapan ia adalah satu sumbangan yang amat berharga kepada anak-anak Penan," katanya.

Sementara itu sempena "Program Outreach Community" anjuran bersama Hospital Pakar Kuching (KcSH) dan syarikat Samling Timber Sdn Bhd, dua sekolah Penan terbabit menerima sumbangan berupa pakaian, beg dan peralatan sekolah dan ia telah disampaikan sendiri oleh Pengarah KcSH iaitu Ngeng Eng Cheng.

Ngeng berkata, program kedua selama lima hari di Ulu Baram itu adalah salah satu usaha bersama yang turut membabitkan beberapa lagi jabatan serta agensi kerajaan serta swasta.

"Dalam program kali ini kita turut membawa pihak Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada masyarakat Penan," katanya.

Katanya, masalah utama penduduk Penan di kawasan terbabit ialah sistem pengangkutan dan ketika ini mereka banyak bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan percuma yang disediakan syarikat Samling Timber yang beroperasi di kawasan terbabit.

Katanya, jika tiada pengangkutan syarikat pembalakan terbabit, penduduk Penan terpaksa menanggung kos pengangkutan sekitar RM300 ke RM500 untuk ke pekan perdekatan termasuk ke Miri. - Bernama

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurusangguptidurbawahbilikdarjahdemipendidikananakPenan/Article

Thursday, April 1, 2010

PLAN SK MUNGGU BRINGIN


Login Guru Dalam Sistem EMIS Online



PENGUMUMAN PENTING

Terdapat kemudahan baru untuk guru-guru dalam EMIS online

Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut

Maklumat lanjut sila ke web
http://apps.moe.gov.my/emisportalbaru/index.php



sumber : http://forum.engkabang.net/index.php?PHPSESSID=98577dce851b81aae38964586ceffae9&topic=41997.msg369095;topicseen#top

Aduan Penyelenggaraan ICT Sekolah Online

Aduan Penyelenggaraan ICT Sekolah Online

Salam sajehtera,

Penyelenggaraan ICT Sekolah secara Online boleh dilakukan melalui http://sts.moe.edu.my . Semua aduan harus dilaporkan melalui online kecuali ada masalah dengan line schoolnet atau tiada talian internet, cikgu boleh memohon bantu Pusat Kegiatan Guru daerah masing-masing.

Untuk keterangan lanjut cikgu boleh melayari blog sts sarawak di http://stsarawak.blogspot.com sebagai rujukan tuan/puan/cik. Sekolah berdekatan dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri boleh datang ke BTPN, Unit Perkhidmatan ICT untuk bantuan dan khidmat bantu.

Tahun ini, peruntukan dijangka dipeturunkan ke JPD masing2 dalam masa terdekat.

Sekian. Terima kasih dan harap maklum.

sumber : http://forum.engkabang.net/index.php/topic,41973.0/topicseen.html

Pengisian Dan Penghantaran School Improvement Tool (SIT)

Pengisian Dan Penghantaran School Improvement Tool (SIT)

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Guru Besar

PENGISIAN DAN PENGHANTARAN SCHOOL IMPROVEMENT TOOL (SIT)

Sukacita dimaklumkan bahawa semua sekolah rendah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi dan menghantar School Improvement Tool (SIT) sebelum 28 April 2010 ini. SIT adalah instrumen untuk School Improvement Programme (SIP) yang berkaitan dengan subNKRA ke-3.

2. Oleh yang demikian saya memohon supaya semua PPD dan Guru Besar mengambil perhatian pada jadual dan tarikh berikut:

Perkara Tarikh
1. Taklimat PPD kepada semua Guru Besar 5 − 9 April 2010
2. Key-In Maklumat SIT 9 − 23 April 2010
3. Memantau Penghantaran SIT 24 − 27 April 2010
4. Semua SIT sudah di Kementerian Pelajaran 28 April 2010


3. SIT dapat dicapai pada www.moe.gov.my/nkra.

4. Sehubungan itu, semua PPD dimohon untuk menyediakan kios bagi sekolah-sekolah yang menghadapi masalah capaian internet sama ada di PPD, PKG, atau di Sekolah Menengah yang berdekatan.

5. Guru-guru yang membaca maklumat ini, dimohon juga untuk memaklumkan kepada guru besar masing-masing supaya sekolah-sekolah di Sarawak tidak tercicir dalam program ini.

6. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, sila hubungi Encil Lau Shin Chai atau Puan Rahayu Ahmad di Sektor Pengurusan Akademik di talian 082-421560 atau 082-421325.

Sekian, Terima kasih.


DATU Dr HAJI JULAIHI HAJI BUJANG
Pengarah Pelajaran Sarawak

sumber : http://forum.engkabang.net/index.php/topic,41968.0.html