Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Sunday, September 6, 2009

Sejarah Sekolah SK Munggu Bringin


Pada awal tahun 1960 an, kawasan ini yang mempunyai keluasan kira-kira 40 km persegi dan mempunyai tiga buah sekolah yang bertaburan mengikut kedudukan tiga buah rumah panjang masyarakat Iban.

Rumah Panjang Punggu ada sebuah sekolah, Rumah Panjang Bait mempunyai sebuah sekolah dan di Rumah Panjang Kara ada sebuah sekolah lagi.

Namun ketiga-tiga buah sekolah menghadapi masalah yang sama iaitu masalah tidak cukup biangan murid yang berdaftar. Untuk mengatasi masalah ini, penduduk di ketiga-tiga kawasan ini sepakat untuk menutup sekolah di kawasan masing-masing.

Sebagai ganti, mereka setuju mewujudkan sebuah sekolah baru yang kedudukannya di tengah-tengah kawasan ketiga-tiga buah rumah panjang yang memudahkan semua orang sampai ke sekolah.

Secara rasminya pada tahun 1968, Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin pun ditubuhkan. Sekolah ini terletak di atas sebuah bukit. Ia membawa maksud “Munggu” dalam bahasa Iban. Di tengah-tengah “Munggu” ini ada serumpun “pohon Bringin” yang besar. “Bringin” dalam bahasa Iban ialah sejenis kayu. Maka dengan itu, wujudlah nama “Sekolah Kebangsaan Munggu Bringin”.




0 ulasan:

Post a Comment