Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Sunday, September 13, 2009

Murid Talasemia perlu bantuan perubatan


TAMAN SERAI PERMAI - Kesengsaraan yang ditanggung Mohd Shamin Che Ros , 10, menghidap Talasemia dan hanya bergantung hidup dengan sebuah mesin untuk meneutralkan semula sel darahnya perlu diberi perhatian.

Dia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gerdu, Bagan Serai menghidap penyakit berkenaan sejak berusia dua tahun lagi.

Ibu murid berkenaan, Jamnah Ahmad,43, berkata, keadaan Shamin sentiasa kelesuan, sesak nafas dan pucat.

“Dia akan semakin kekurangan tenaga apabila tidak dicaskan pada sejenis alat yang diberikan doktor pakar dari hospital Taiping,” katanya.

Menurutnya, bahagian abdomen Shamin juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.

:“Permulaan tanda terdapat pada Shamin ialah dia keliha�tan, kelesuan sementara bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.

:“Shamin juga sering mengadu sesak nafas dan hilang selera makan serta bengkak di bahagian abdomen,” katanya.

Katanya, keadaan ini menyebabkan Shamin tidak dapat merasai nikmat berasa seperti kanak-kanak normal yang lain kerana sering bergantung kepada alat khas.

Bapanya Che Ros Desa, 47, berkata, setiap bulan dia akan membawa Shamin untuk berjumpa doktor pakar di Taiping bagi tujuan rawatan.

“Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji kerana cara ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung,” katanya.

Menurutnya, kini rawatan terbaru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit namun memerlukan sejumlah wang yang banyak.

“Saya juga berasa sedih dan terharu kerana tidak dapat menyediakan kelengkapan raya untuk Shamin seperti kanak-kanak lain kerana terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk persediaan rawatannya.

“Alhamdulilah, adik dan kakak Shamin memahami keadaan keluarga dan tidak meminta keterlaluan untuk beraya sebaliknya hanya menyambutnya ala kadar sahaja,” katanya.

:Sementara itu, Shamin ketika ditanya mengenai sambutan Aidilfitri berkata, setakat ini belum ada sebarang persiapan dan faham keadaan ayahnya yang bekerja seorang diri.

Menurutnya, sesekali rasa teringin juga untuk membeli pakaian baru tetapi, duit itu lebih baik digunakan untuk kos rawatannya.

Dia terpaksa akur dengan keadaan dirinya dan berharap ada insan di luar sana yang sudi membantu dirinya bagi menampung beban keluarga seramai lapan orang itu.

Kepada seluruh masyarakat yang simpati terhadap nasib Shamin dan membolehkan dia beraya seperti kanak-kanak lain boleh menderma ke akaun Che Ros Desa (bapa) Maybank 106016683582 .

Sebagai rekod, Talasemia adalah sejenis penyakit darah iaitu pesakit tidak mampu menghasilkan hemoglobin menyebabkan kesukaran membawa oksigen di seluruh tubuh badan.

Biasanya, penyakit ini adalah penyakit keturunan atau diwarisi daripada ibu bapa kepada anak.

Berita dari Akhbar Sinar Harian

0 ulasan:

Post a Comment