Wednesday, September 30, 2009
Bola Sepak Piala Perak (1)
Kerja-kerja menaik taraf padang bola untuk Pertandingan Bola Sepak 11 Tahun Ke Bawah Piala Perak anjuran Yayasan Sarawak dan JPN Sarawak sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak sedang giat dijalankan. Kelihatan En. Mohd. Saiful dan En. Saih sedang membuat garisan padang dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar Tahun 6.
SK Munggu Bringin dipilih sebagai tempat berlangsungnya pertandingan tersebut. Ia merupakan pertandingan peringkat Bahagian Sri Aman dimana terdapat 6 zon yang akan bertanding untuk mewakili PPD Sri Aman pada kejohanan peringkat negeri nanti. Zon-zon tersebut ialah Pantu, Sri Aman, Lingga, Lubuk Antu, Engkilili dan Undup.
Pertandingan ini akan berlangsung pada 7 dan 8 September 2009.
GEDUNG ILMU BERGERAK
Kenderaan yang dijadikan perpustakaan bergerak yang memberikan perkhidmatannya 2 minggu sekali sedia untuk memberikan khidmat baktinya.
Perkhidmatan ini disediakan oleh Kementerian Alam Sekitar dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sri Aman.
Pelajar-pelajar SKMB sedang berbaris menunggu giliran dengan penuh kesabaran. Perkhidmatan perpustakaan bergerak ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dan dapat menanam minat membaca dikalangan pelajar.
Kelihatan Cikgu Maureen sedang berbual dengan pegawai perpustakaan.
Suasana yang menceriakan.
Monday, September 28, 2009
Gambar Kenangan Staff SK Munggu Bringin 2008
SRI AMAN (2)
SRI AMAN: Bandar Sri Aman boleh diiktiraf sebagai bandar bersejarah ekoran pelbagai kejadian berkaitan dengan perjuangan rakyat tempatan menentang penjajah Inggeris dan anasir komunis. Sri Aman yang dulu dikenali sebagai Simanggang, pernah menyaksikan pelbagai rentetan peristiwa berdarah mahupun usaha damai melalui perbincangan untuk memastikan kedaulatan negara terpelihara. Pada tahun 1843, seorang panglima suku Iban bernama Rentap mengetuai serangan terhadap kubu pertahanan Kubu James yang dibina penjajah Inggeris, James Brooke di muara Sungai Skrang yang terletak sekitar 20 kilometer dari Sri Aman. Walaupun gagal menakluki Kubu James kali ini, tiga pertempuran beliau dengan Brooke dalam tempoh 18 tahun kemudian berjaya mengangkat nama beliau sebagai pejuang
Bekas perajurit yang berasal dari Kanowit kini menetap di
SRI AMAN (1)
Buaya dan Benak di Batang Lupar; Keunikan Bahagian Sri Aman
Peta pentadbiran Bahagian Sri Aman |
Sejarah
Sebelum pengisytiharaan Daerah Betong sebagai sebuah Bahagian yang kesebelas pada 26 Mac 2003, Bahagian Sri Aman mempunyai empat daerah: Daerah Sri Aman, Lubok Antu, Betong dan Saratok serta sembilan daerah Kecil: Daerah Kecil Pantu, Lingga, Maludam, Engkilili, Spaoh, Debak, Pusa, Roban dan Kabong.
Setelah Betong diisytiharkan sebagai Bahagian baru, sekarang bahagian Sri Aman hanya tinggal dengan dua daerah iaitu Sri Aman dan Lubok Antu dan tiga daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Pantu, Lingga dan Engkilili.
Bahagian Sri Aman mempunyai keluasan kira-kira 6,184.1 kilometer persegi yang diliputi oleh kawasan tanah rata dan berbukit. Bandar Sri Aman terletak kira-kira 193 kilometer ke timur Bandaraya Kuching
Bahagian Sri Aman mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik seperti Iban , Melayu , Bidayuh , Melanau , Cina
Pejabat Residen Sri Aman secara rasminya ditubuh pada 1.6.1873 dan bertempat di tingkat atas Kubu Alice. James Brooke Crookshank dilantik sebagai Residen pertama Simanggang (nama lama Sri Aman). Kewujudan Pejabat Residen di Simanggang menandakan kekuasaan Kerajaan Negeri di kawasan tersebut ketika itu.
Menurut cerita Simanggang mendapat nama kononnya daripada seorang Pedagang Cina yang bernama Ah Song yang menjual barang keperluan menggunakan perahu di persekitaran penempatan Batang Lupar. Penduduk tempatan memanglah mengguna bahasa tempatan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.
Dengan demikian pedagang Cina ini juga berusaha menggunakan bahasa tempatan setakat yang termampu. Pada satu hari datanglah seorang Iban dari Batang Ai yang hendak berjumpa dengan Ah Song yang sudah lama tidak berkunjung ke tempat mereka. Lalu bertanyalah seorang Iban tersebut kepada kawan karip Ah Song:
“Dini alai Ah Song” Tanya beliau.
" Udah Si Manggang” jawabnya sambil bergurau.
Dalam bahasa Cina ‘Si’ bermaksud ‘mati’ dan dalam bahasa Iban pula ‘manggang’ (magang) bermaksud ‘semua’. Jadi ‘Si Manggang’ bermaksud sudah ‘mati semua’. Ringkasnya selepas itu apabila mereka hendak berjumpa dengan Ah Song mereka akan memberitahu bahawa mereka hendak ke tempat yang bernama Simanggang.
Bandar Sri Aman Lama
Pemandangan udara di Bandar Sri Aman |
Bandar Simanggang ditukar nama dengan secara rasminya kepada Bandar Sri Aman berikutan dengan peristiwa yang bersejarah iaitu Deklarasi Sri Aman. Peristiwa yang berlaku pada 21.10.1973 ini telah menyaksikan termeterainya satu perjanjian keamanan di antara Kerajaan
Ekonomi
Pertanian dan perikanan merupakan sektor yang amat penting di bahagian ini kerana bahagian ini tidak mempunyai sumber asli seperti gas, minyak dan sebagainya.
Namun begitu sumbangan daripada sektor perhutanan juga kian berkurangan. Oleh itu kegiatan peladangan kelapa sawit, penanaman padi dan perusahan perikanan darat adalah aktiviti yang amat penting untuk bahagian ini. Jenis tanaman lain yang diusahakan penduduk di sini adalah getah, lada kelapa, Sagu dan koko.
Ladang Kelapa Sawit
Peladangan kelapa sawit mula diusahakan oleh SALCRA di Lubok Antu pada tahun 1976, dan kini pihak SALCRA telah menanam kawasan seluas 11,347 hekta (ha) dalam 4 buah ladang. SALCRA juga telah mengusahakn penanaman getah di kawasan seluas 1053 ha di Skim Penempatan Semula Batang Ai.
Selain itu rancangan untuk memajukan Tanah Adat Bumiputera (NCR) seluas 300,000 ha di Undup dan Bukit Bangunan telah diluluskan. Pihak Swasta juga akan mengusahakan penanaman kelapa sawit di pelbagai kawasan seluas 23,305 ha. Usaha untuk menanam padi dan sago oleh pihak swasta dirancangkan. Sebuah kilang yang mempunyai keupayaan 90MTFFB/HR kepunyaan SALCRA telah pun beroperasi di Lubok Antu .
Empangan hidro elektrik Batang Ai mampu menghasilkan 92 megawat kuasa elektrik bagi keperluan negeri Sarawak |
Hidroelektrik Batang Ai
Lubok Antu, Pusat Pentadbiran Daerah telahpun menikmati rangkaian jalan raya yang baik ke bandar-bandar yang lain di Sarawak. Di samping itu bandar ini bakal menjadi sebuah bandar sempadan seperti Tebedu yang akan mengendali aktiviti kawasan sempadan antara Sarawak dan
Lubok Antu terletak hanya 16 km dari sebuah penempatan yang dikenali sebagai Badau di Kalimantan. Ini akan meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di daerah tersebut. Berdekatan dengan Bandar Lubok Antu terdapat sebuah empangan hidroelekterik yang pertama di Sarawak, Hidroeletrik Batang Ai.
Empangan Hidroelektrik Batang Ai boleh menjana kuasa sebanyak 92 megewatt untuk menampung keperluan elektrik domestik dan disalurkan ke seluruh negeri
Kawasan Stumbin/Bigat/Lingga/Banting di Daerah Sri Aman yang meliput kawasa seluas 7,000 ha sedang dikaji untuk penanaman padi dengan kaedah Mechanisation.
Di samping perancangan dan pembangunan pertanian di atas, perusahaan aquakultur sedang juga diusahakan. Di Batang Ai perusahaan pembiakan ikan dalam sangkar telah diusahakan dan pada tahun 2001.
Perusahaan kolam udang harimau juga telah diusahakan di Daerah Kecil Lingga oleh pihak swasta di samping usaha untuk membiak baka ikan Terubok juga terdapat di Lingga.
Pusat Pertumbuhan Desa
Dua kawasan sedang dikaji untuk dicadang sebagai Pusat Pertumbuhan Desa. Kawasan –kawasan tersebut adalah di Nanga Kasit/Engkari di Daerah Lubok Antu dan Seduku/Stumbin/Tanjung Bijat di Daerah Sri Aman. Kalaulah cadangan untuk kedua-dua kawasan ini diluluskan, pembanguanan di pusat-pusat tersebut akan lebih pesat.
Tebingan sungai menjadi tarikan pengunjung khususnya di hujung minggu |
Tarikan dan Pelancongan
Pesta Benak
Bandar Sri Aman terkenal dengan fenonema “Benak “satu kejadian semulajadi yang menakjubkan. Benak atau ombak besar yang mengalun membawa air pasang di Batang Lupar boleh dilihat mengikut tarikh catatan ‘paras air tinggi’ di dalam Sarawak Government Almanac. Seiringan dengan fenomena Benak, Pesta Benak telah diadakan di Bandar Sri Aman mulai tahun 2000.
Buaya Ganas-Bujang Senang
Batang Lupar adalah sebatang sungai yang terbesar di Bahagian Sri Aman, ia bukan sahaja terkenal kerana fenomena Benak tetapi juga kerana ia dihuni oleh ‘buaya ganas’ yang dikenali sebagai Bujang Senang. Sejak tahun 1941 Bujang Senang dipercayai telah mengorban 28 nyawa. Walaupun usaha untuk memburu Bujang senang dilakukan, dia tetap bersembunyi di Batang Lupar dan kekal menjadi satu misteri sihingga ke hari ini.
Tinggalan Sejarah
Kubu Alice
Dahulu Kubu Alice dikenali sebagai Kubu James sempena dengan nama Sir James Brooke, Rajah Sarawak yang pertama. Kubu James ini dibina di Sekrang kira-kira
Pejabat Residen ditubuhkan pada 1 Jun 1873 dan bertempat di tingkat atas Kubu Alice. Terdapat satu amalan yang amat dipatuhi selama seratus tahun sehingga Sarawak mencapai kemerdekaan melalui penubuhan
“Oh Ha! Oh Ha! Oh Ha!”
“Jam sudah pukul lapan. Tangga sudah ditarik. Pintu sudah ditutup.
Orang dari Hulu, Orang dari Hilir, tidak dibenarkan naik ke kubu lagi”
Penempatan semula kubu Alice ke Simanggang telah memperkuatkan lagi kedudukan Raja Brooke di kawasan Batang Lupar kerana ia adalah lokasi yang strategik untuk mengawal pergerakan dari sungai Sekrang dan Batang Ai dan juga dijadikan pusat pentadbiran. Para Pentadbir yang ditempatkan di Kubu Alice terdirilah daripada seorang pegawai tempatan (Native Officer) yang juga ketua tempatan yang berpengaruh di samping setia kepada Rajah dan juga anggota separa tentera.
Pada 1.6.1873 Pemerintah Rajah Brooke telah menubuh tiga Residensi: Residensi Pertama (Bahagian Kuching) Residensi Kedua (Bahagian Sri Aman) dan Residensi Ketiga (Bahagian Sibu). Residensi Kedua telah ditempatkan di Kubu
‘Benak’ antara produk pelancongan yang terdapat di sini yang telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri |
Rumah Sri Aman
Bangunan kedua bersejarah di Bandar Sri Aman adalah Rumah Segi-Lapan dan kemudian namanya diubah kepada Rumah Simanggang dan akhirnya diubah kepada Rumah Sri Aman pada 19.3.1974 sempena dengan Deklarasi Sri. Perjanjian tersebut telah dimenteraikan di bangunan ini. Sebagai memperingati peristiwa tersebut ,bangunan ini dinamakan Rumah Sri Aman.
Pengangkutan
Melalui rangkaian jalan raya yang baik dari Bandaraya Kuching ke Bandar Miri, Bandar Siri Aman boleh dihubungi oleh bandar-bandar lain di Sarawak. Bahagian Sri Aman juga mempunyai rangkaian jalan raya dalaman yang baik yang menghubungkan bandar ini dengan bandar dan pekan lain dalaman bahagian. Dengan rangkaian jalan raya yang baik, pengangkutan darat amatlah penting untuk Bahagian Sri Aman. Pengangkutan air melalui Batang Lupar misalnya, sering menemui pelbagai halangan seperti sungai yang cetik, alunan ombak benak yang merbahaya kepada perahu-perahu.
Pendidikan
Bahagian Sri Aman mempunyai 42 buah sekolah rendah, 6 buah sekolah menengah.
Bandar Sri Aman
Pengecilan kawasan Bahagian Sri Aman disebabkan pembentukan Bahagian Betong akan memudahkan dan mempercepat pembangunan di kedua-kdua bahagian
Bagi Bahagian Sri Aman, Pembangunan Tanah khasnya peladangan kelapa sawit oleh sektor awan dan swasta akan meningkatkan dan merangsangkan pembangunan bahagian di samping boleh menjana aktiviti ekonomik sampingan.
Bandar Sri Aman akan meniknmati kadar pertumbuhan yang agak cepat seandainya Bandar ini tidak lagi di lencongi (by-pass) oleh rangkaian jalanraya utama yang menhubungi Bandar-bandar lain di negeri Sarawak
Meskipun kawasan Bahagian lebih kecil, Pentadbiran dan pengurusan kekal mencabar malahan aktiviti pengurusan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih focus dan berkesan
Jika semua projek yang dicadang dan dirancangkankan dapat direalisasikan dalam jangka masa 10-15 tahun akan datang Bahagian Sri Aman akan menjadi sebuah bahagian yang maju setanding dengan Bahagian-bahagian maju yang lain di Sarawak.
Tuesday, September 22, 2009
Aidilfitri Masyarakat Melayu Melanau
MASYARAKAT Melayu Melanau di Kampung Pulau Igan dekat Sibu, Sarawak meraikan Aidilfitri dengan mengadakan majlis �Berlanggar Meja� tradisi turun temurun yang dilakukan sejak 100 tahun lalu. Majlis �Berlanggar Meja� yang bermaksud �sambung meja�, adalah jamuan yang mana juadah raya dihidangkan di atas lebih 70 meja yang disusun bagi meraikan tetamu dari kampung berhampiran. Selain jamuan makan majlis itu turut disertakan bacaan doa selamat dan tahlil. - Foto Bernama | ||||||
|
Thursday, September 17, 2009
Majlis perpisahan Staff SKMB 2009 (21/09/2009)
Wednesday, September 16, 2009
Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H
1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.
2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.
YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009
Tuesday, September 15, 2009
Lawatan PPD Sri Aman semasa cuti Pertengahan Sem II - 2009
SEJARAH PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN 2008 (3)
SEJARAH PENUBUHAN
KELAS PRASEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN MUNGGU BRINGIN
YBA2103
SRI AMAN
Disediakan oleh:
Pn. Mildred Ak Sakup
&
Cik Corinna Nor Ak Harold Selamat
01 JULAI 2008
SEJARAH PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN
2008
Tahun 2008 merupakan tahun ketiga pelaksanaan prasekolah SK. Munggu Bringin. Pada tahun ini sesi persekolah bermula pada 03.01.2008 iaitu pada hari Khamis. Guru prasekolah pada tahun ini ialah Pn. Mildred ak Sakup yang baru berpindah dari SK. Temudok Kem bagi mengambil alih tempat En. Natan yang telah berpindah ke SK.Nanga Kumpang. Manakala jawatan pembantu pengurusan murid masih kekal iaitu Cik Corina.
PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN AWAL TAHUN 2008
BIODATA GURU PRASEKOLAH
SK MUNGGU BRINGIN 2008
NAMA : PN. MILDRED AK SAKUP
JANTINA : PEREMPUAN
STATUS : BERKAHWIN
KAUM : BIDAYUH
AGAMA : KRISTIAN
TARIKH LAHIR : 28 JULAI 1971
I/C NO. : 710728-13-5490
NO. TEL. : 013-5756954
JAWATAN : GURU
IKHTISAS : SIJIL PERGURUAN ASAS (PSRPM)
AKADEMIK : SPM
TARIKH LANTIKAN : 01.03.1993
TARIKH SAH : 20.03.1996
KATEGORI/GRED : PPPLD DGA32
ALAMAT : S/L 22, BLOCK C, TAMAN CRYSTAL, JLN. BAYU,
95000 SRI AMAN.
Pada hari pertama persekolahan, cuma 9 orang murid sahaja yang hadir untuk mendaftar walaupun dalam senarai pendaftaran murid yang diluluskan adalah seramai 13 orang. Begitu juga dengan hari kedua persekolahan di mana cuma 6 orang murid sahaja yang hadir. Situasi berubah pada hari Isnin minggu kedua di mana seramai 20 orang murid telah hadir dan hampir setengah daripadanya baru mendaftar. Sehingga akhir Januari 2008, jumlah murid prasekolah adalah seramai 21 orang. Kesemua murid ini berasal dari rumah panjang berdekatan dengan sekolah.
PRASEKOLAH SK MUNGGU BRINGIN |
|
| ||||
Maklumat Murid Prasekolah 2008 |
|
| ||||
|
|
|
|
|
|
|
1 | ALLEXSON MOSES AK RID | L | 27.03.2003 | RID AK MUSHEH |
|
|
2 | ANDRELLA AL LICHIE | P | 27.08.2002 | LICHIE AK ANGGOT |
|
|
3 | ANGELINE INAH AK GILAN | P | 23.12.2002 | GILAN AK UTAK |
|
|
4 | CALVIN TRESSLLY AK BILLY | L | 08.03.2002 | BILLY AK BANTA |
|
|
5 | CHU SANGKING | L | 07.04.2002 | CHU SUCK LIN |
|
|
6 | CORILINA AK WAT | P | 26.01.2003 | WAT AK GUDOM |
|
|
7 | DIDODIAZ AK PETER | P | 07.11.2002 | PETER AK DAUD |
|
|
8 | GARRY KUAN AK ROBERT | L | 08.04.2003 | ROBERT AK KANONG |
|
|
9 | HENDRECK PARRISON | L | 25.01.2003 | CINDI AK BUNAN |
|
|
10 | HOLLISTER CHANG AK DING | L | 25.03.2003 | DING AK GIRI |
|
|
11 | JACKY AK ELIE | L | 08.07.2003 | ELIE AK PLIN |
|
|
12 | JESSICA AK ALI | P | 04.08.2003 | ALI AK MALOM |
|
|
13 | JONATHAN AK PETER | L | 05.04.2002 | PETER AK BRANDAH |
|
|
14 | MANA AK ARMI | L | 20.06.2002 | ARMI AK ATIM |
|
|
15 | MATHEW BUJAI AK LAMAT | L | 30.07.2002 | LAMAT AK MALOM |
|
|
16 | PATRICK LAPANG AK ANTAU | L | 23.04.2003 | ANTAU AK LATET |
|
|
17 | PAULINA OLIVIA AK SAM | P | 08.04.2002 | SAM AK BEDALI |
|
|
18 | ROHAN AK GUYANG | L | 06.08.2003 | GUYANG AK DUNDANG |
|
|
19 | ROONEY AK ALI | L | 19.09.2003 | ALI AK BANGKING |
|
|
20 | TEO CEN PERNA | L | 30.09.2002 | TEO ONG NGA |
|
|
21 | VICTORIA AK JOSEPH | P | 17.02.2002 | JOSEPH AK KUSEK |
|
|
22 | ZARINAH AK AJIH | P | 25.01.2003 | AJIH AK BUNAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| ANALISIS : | 2002 | 2003 | |
|
|
| LELAKI | 6 | 8 | 14 |
|
|
| PEREMPUAN | 5 | 3 | 8 |
|
|
| JUMLAH BESAR | 11 | 11 | 22 |
|
|
Jadual waktu bagi tahun 2008 dibuat berdasarkan komponen yang terdapat di dalam huraian kurikulum prasekolah kebangsaan.
JADUAL WAKTU KELAS PRASEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN MUNGGU BRINGIN 2008
MASA HARI | 7.30-7.40 | 7.40-8.00 | 8.00-8.30 | 8.30-9.30 | 9.30-9.50 | 9.50-10.20 | 10.20-10.50 | 10.50-11.00 |
ISNIN | PHMPN RUTIN HARIAN | (BM) (BI) (BM) PERBUALAN TEMA (BI) (BM) | AKTIVITI LUAR DAN DALAM (PERKEMBANGAN FIZIKAL) | (BM) (BI) (MT) (BM) AKTIVITI KUMPULAN (KOGNITIF/BM/BI/K. ESTETIKA/ KOGNITIF SAINS (SENI/MUZIK) | PM/AI | R | MK | REFLEKSI |
SELASA | PM/AI | E | BM (CERITA) | |||||
RABU | PM/AI | H | T.VIDEO | |||||
KHAMIS | PM/AI | A | BEBAS | |||||
JUMAAT | BI (STORY TELLING) | T | SOSIO EMOSI |
Takwim yang dirancang bagi tahun 2008 adalah seperti di bawah.
BULAN | PERKARA | CATATAN |
JANUARI | Melapor diri Minggu orientasi prasekolah Taklimat ibu bapa Sambutan hari jadi murid | 3 Januari 2008 11 Januari 2008 |
FEBRUARI | Pertandingan kebersihan gigi Sambutan hari jadi murid | 11 Februari 2008 |
MAC | Mesyuarat PIBG prasekolah pertama Sambutan hari jadi murid | 31 Mac 2008 |
APRIL | Gotong-royong PIBG prasekolah Pertandingan mewarna Sambutan hari jadi murid | 11 April 2008 16 April 2008 |
MEI | Projek tanam bunga Sambutan hari jadi murid | |
JUN | Permainan cantuman puzzle Sambutan hari jadi murid | |
JULAI | Karnival prasekolah Sambutan hari jadi murid | 11.07.2008 |
OGOS | Pertandingan tulisan cantik Sambutan hari jadi murid | |
SEPTEMBER | Pertandingan mengeja Fakta asas (hafal sifir tambah/tolak) Sambutan hari jadi murid | |
OKTOBER | Konvokesyen prasekolah Sambutan hari jadi murid | |
NOVEMBER | Jamuan perpisahan murid Sambutan hari jadi murid | |
DISEMBER | CUTI | |
SUSUNAN TEMA SEPANJANG TAHUN 2008
MINGGU | TEMA |
1 | Minggu suai kenal ( Perkenalkan Saya ) |
2 | Minggu suai kenal ( Persekitaran Kelas ) |
3 | Perayaan ( Tahun Baru Cina ) |
4 | Perayaan ( Hari Raya Haji ) |
5 | Diri Saya ( Anggota badan ) |
6 | Diri Saya ( Deria Saya ) |
7 | Keluarga Saya |
8 | Sekolah Saya ( Perabot dalam Kelas ) |
9 | Sekolah ku ( Alat tulis ) |
10 | Masa dan Waktu ( Nama hari dalam seminggu, bulan dalam setahun ) |
11 | Jenis- jenis Rumah |
12 | Rumahku ( Bahagian- bahagian dalam rumah ) |
13 | Perabut dalam rumah |
14 | Cuaca |
15 | Pakaian ( Jenis- jenis pakaian ) |
16 | Pakaian ( Pakaian Tradisional ) |
17 | Peristiwa( Hari jadi/Hari Ibu/ Hari Bapa/ Hari Guru/ Hari Kanak- kanak ) |
18 | Peristiwa ( Perayaan Hari Gawai Dayak ) |
19 | Makanan ( Makanan seimbang / makanan ringan/ makanan segera ) |
20 | Minuman ( Minuman yang Berkhasiat ) |
21 | Tumbuh- tumbuhan ( Buah- buahan ) |
22 | Tumbuh- tumbuhan ( Sayur- sayuran ) |
23 | Tumbuh- tumbuhan ( Bunga- bungaan ) |
24 | Haiwan Liar |
25 | Haiwan jinak / peliharaan |
26 | Haiwan di air |
27 | Serangga |
28 | Kenderaan di darat |
29 | Kenderaan Udara & Air |
30 | Peristiwa ( Negara Ku Malaysia ) |
PENGHARGAAN
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan guru besar, En. Isa Bin Reff yang telah mencadangkan penulisan sejarah penubuhan kelas prasekolah serta sumbangan serta nasihat daripada beliau sehingga siapnya sejarah penubuhan prasekolah ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih diatas kerjasama daripada semua guru dan staf SK. Munggu Bringin dalam memberi maklumat serta bahan yang diperlukan untuk menyiapkan sejarah penubuhan prasekolah.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan akan mendapat berkat dari yang Maha Esa.