Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Monday, May 4, 2015

BITCOIN JANA WANG SAMPINGAN

Bitcoin menjana pendapatan masa depan

**** BITCOIN BITCOIN BITCOIN BITCOIN **** 

Bitcoin ni adalah satu digital currency yang di terima pakai oleh lebih 500,000 busines seluruh dunia
Seperti ebay, google, microsoft, dell dan lain2 lagi dan secara dasarnya kita boleh saje membeli sendiri bitcoin di pasaran dan simpan then buat duit bila harga menaik ...industry bitcoin bermula sejak 6 tahun lepas y2009 dan semasa dilancarkan hanyalah sen-sen sahaja...tetapi sekarang harga mencecah usd200+/bitcoin.

KELEBIHAN BITCOIN:
Kelebihan bitcoin sebagai digital money atau crypto currency -ianya tidak ada organisasi, badan kerajaan atau individu yang control dan pihak lain tidak boleh
Menganggu bitcoin yang kita miliki Berbanding wang kertas walaupun dlm bank, bank blh freeze akaun kita atas arahan bank negara.

Dan bila kita berbelanja menggunakan bitcoin tiada fees spt kita guna wang biasa.
Banyak orang yang telah menjadi jutawan senyap melalui bitcoin...industry yang semakin berkembang

Ramai orang dalam dunia membeli bitcoin dan simpan sahaja termasuk orang2 kaya spt
Li Ka Shing multi billionaire asia, Sir Richard Branson pemilik Virgin Corporation, Bill Gates, dan ramai lagi ....mereka membeli dalam qty yang besar...banyak nama-nama besar dalam industry ini...mereka mencipta kekayaan dengan menyimpan untuk future.

TETAPI KITA BUKAN ADA BANYAK WANG UNTUK MEMBELI DALAM QTY YANG BANYAK DAN SIMPAN SEPERTI NAMA2 BESAR YANG KAYA RAYA.

JADI PILIHAN YANG BAGUS YANG KITA ADA APABILA BITCLUB DITUBUHKAN.....(so sekarang rahsia buat income bermula...)

APA YANG BERLAKU ??? Di sini bersama bitclub...kita tidak beli dan sekadar simpan tetapi kita juga buat untung besar melalui proces mining.

YA MINING ( sama saja mcm lombong emas..lombong bijih )...
Mining ni spt melombong tapi melalui cara digital menggunakan software komputer mengunakan perisian yang sgt mahal harganya dan belanja yg besar, hanya orang kaya atau syarikat2 besar yang blh melakukannya.

KENAPA BITCLUB ( BUAT DUIT DENGAN BITCLUB...tengok betul-betul ya).....
Bitclub di tubuhkan utk orang biasa mcm kita blh mendapat faedah dalam mining bitcoin dan seterusnya kita mendapat income tetap hasil mining tadi...so takdelah orang yang kaya sorang-sorang kat sini....tak mcm dulu..org simpan jer tunggu harga naik dan kalau mining pun taknak ajak kite.

Di malaysia kita adalah team yang leading untuk industri bitcoin sekarang..Takkan taknak ambil peluang kan???.banyak lagi yang saya belum huraikan..ini hanyalah sekadar pengenalan...

Sunday, February 16, 2014

BERMINAT MEMILIKI NOVEL MELAYU TERPAKAI

 SAYA MAHU MENJUAL NOVEL MELAYU TERPAKAI YANG MANA IA MERUPAKAN KOLEKSI PERIBADI SENDIRI. HAMPIR SEMUA BUKU ADALAH DALAM KEADAAN BAIK.BERMINAT SILA LAYARI
http://novelmelayuterpakaidijual.blogspot.com/

Monday, October 25, 2010

Iklan dibawa oleh Nuffnang




Thursday, July 22, 2010

Pertandingan Petangue Triple Terbuka Sri Aman 2010 Piala YB Datuk Francis





Perkara : Pertandingan Petangue Triple Terbuka Sri Aman 2010 Piala YB Datuk Francis Harden Hollis
Anjuran : Persatuan Petanque Sri Aman & KRT Taman Sing Sing
Tarikh : 31 Julai - 01 Ogos 2010
Tempat : Gelanggang Petanque SK Agama Sri Aman
Masa : 0800 pagi - 0630 petang

Tarikh tutup penyertaan : 29 Julai 2010

* Terbuka kepada semua peminat petanque seluruh Sarawak, Brunei dan Sabah.

Maklumat lanjut hubungi : Muhd. Fuad Augustine bin Abdullah - 0198650202

Tuesday, July 13, 2010

RM300 juta bina kelas prasekolah


MUHYIDDIN Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman mendengar penerangan pengetua, Agnes Langgi (kanan) sewaktu pelancaran Pra Sekolah Rumah Panjang di Kampung Sapak, Pantu di Sri Aman, Sarawak, semalam.




SRI AMAN 26 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun pertamaRancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.

Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak swasta berdaftar 6,412 kelas.
''Sehingga 31 Mei lalu, kadar penyertaan kanak-kanak dalam prasekolah mencapai 70.4 peratus dan ini amat membanggakan. Saya yakin sasaran yang ditetapkan pasti tercapai dengan komitmen semua pihak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam ucapan Pelancaran Prasekolah Rumah Panjang Sarawak dan Perasmian Prasekolah Kampung Sapak, Pantu dekat sini hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Seri Jumaini Tuanku Bujang; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan.

Sementara itu, beliau berkata, guru-guru termasuk di pedalaman yang ponteng mengajar semata-mata mahu balik kampung bakal menghadapi tindakan disiplin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang pertama kali mendengar ada guru ponteng daripada bertugas, berjanji untuk menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.

Friday, May 28, 2010

SK Munggu Bringgin anjur program tingkatkan akademik pelajar

27 May, 2010

SK Munggu Bringgin anjur program tingkatkan akademik pelajar


Caption: PENGHARGAAN... Andrew (kiri) sedang menyampaikan cenderahati kepada Joseph (kanan) sambil disaksikan oleh Isa (kiri sekali) dan Ului (kanan sekali) ketika berlangsungnya program berkenaan.

PANTU, Rabu (26 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringgin, Pantu telah mengadakan Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Bersama Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman 2010 di dewan sekolah berkenaan kelmarin.

Program yang bertujuan untuk meningkatkan prestari murid-murid dari segi bidanga akademik ini telah melibatkan para ibubapa dan pelajar Tahap Dua (Tahun 4, 5, dan 6) dari sekolah itu sendiri.

Guru Besar SK Munggu Bringgin, Isa Reff menerusi ucapannya pada program itu berkata Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Bersama Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman 2010 ini adalah berteraskan National Key Result Areas yang Ke-3 atau NKRA.

“Kita mahu memastikan anak-anak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan kerana rakyat Malaysia perlu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di peringkat dunia pada masa akan datang.

“Justeru diharap agar program ini diharap dapat menjana minda ibubapa dan pelajar tentang betapa pentingnya ilmu dan pelajaran disamping memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan yang mereka perolehi menerusi program ini,” katanya.

Terdahulu penceramah program merangkap Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman iaitu Joseph Junting Resa telah menekankan bahawa ibubapa tidak seharusnya menyandarkan tanggungjawab mendidik anak-anak terhadap para guru ketika mereka di sekolah.

Katanya ibubapa juga boleh memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah peningkatan prestasi akademik anak-anak ketika mereka berada di rumah untuk sepanjang masa.

“Malah saya juga menasihatkan para pelajar untuk sentiasa menanam kepercayaan dan kekentalan dalam diri masing-masing sekiranya mahu berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik selepas ini.

“Paling penting sekarang ialah ibubapa dan guru perlu memotivasikan anak-anak untuk berjaya dalam bidang akademik. Mereka adalah pelapis pembangunan negara dan kita haruslah berusaha gigih berhubung perkara berkenaan mulai sekarang,” katanya.

Program Perjumpaan Ibubapa dan Pelajar Bersama Pengetua Cemerlang SMK Sri Aman 2010 turut diselitkand engan tayangan filem pendek dan sesi dialog antara ibubapa bersama pihak penceramah dan pihak sekolah.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Munggu Bringgin, Andrew Sungut dan Penolong Kanan 1 SK Munggu Bringgin, Ului Anyi.

Sunday, May 23, 2010

Program Motivasi Pelajar Tahun 6 (Projek Sekolah Angkat) 21 Mei 2010 - Koleksi 1