Iklan oleh Nuffnang. Klik untuk maklumat lanjut

Saturday, October 24, 2009

Aktiviti PSS bersama ibubapa

Kemalangan di Sungai Merah

23 October, 2009
Tiga maut menerusi kemalangan di Pantu kelmarin



Caption:

1.TUNDA...Kenderaan Isuzu Dimax telah ditunda ke jalan sebaik sahaja berlaku kejadian kemalangan yang membunuh tiga orang kakitangan JTS Sibu petang kelmarin.

2.MALANG...Pihak polis sedang mengusung mayat mangsa yang terbunuh ke dalam lori setelah berlakunya kemalangan terbabit kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (23 Okt) – Tiga orang kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Sibu terbunuh manakala seorang lagi selamat apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terjunam ke dalam Sungai Merah, Pantu menerusi kemalangan yang berlaku di kilometer 57, Jalan Kuching – Sri Aman lewat petang kelmarin.

Menurut sumber kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga orang lelaki itu telah berlaku kira-kira satu kilometer dari simpang jalan masuk menuju ke Pekan Pantu sekitar jam 3.15 petang kelmarin.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian kemalangan ini menurut sumber ialah Augustine Uga anak Udai, 41, Peni anak Jantan, 45 dan Mathew Gaie anak Jelai, 46, manakala mangsa yang selamat ialah Encharang anak Janting, 53 tahun.

“Sebelum berlakunya kejadian, kesemua empat orang mangsa ini dipercayai dalam perjalanan pulang menuju ke Sibu dari arah Kuching ketika berlangsungnya hujan lebat pada waktu itu.

“Ketika menghampiri Jambatan Sungai Merah berkenaan, pemandu kenderaan Isuzu Dimax yang dinaiki oleh kesemua mangsa itu dipercayai terkejut apabila mendapati terdapat pokok tumbang di kawasan jalan berkenaan,” kata sumber.

Kejadian itu dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan terbabit cuba mengelak daripada melanggar pokok tumbang berkenaan sehingga kenderaan yang dinaiki oleh mereka terbabas lalu menjunam masuk ke anak Sungai Merah di bawah jambatan berkenaan.

Bagaimanapun seorang daripada mangsa yang terselamat iaitu Jalang dipercayai berjaya melepaskan diri keluar daripada pintu belakang kenderaan terbabit sebaik sahaja berlaku kejadian manakala mangsa yang lain dipercayai mati lemas kerana terperangkap sebaik sahaja berlaku kemalangan.

Encharang kemudiannya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian terbabit dan seterusnya bertindak menghantar mangsa ke Klinik Pantu sebelum ia dirujuk ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan rawatan lanjut.

Manakala itu mayat ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dalam kejadian kemalangan terbabit telah dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman pada jam 7.30 malam tadi bagi tujuan bedah siasat.
12 July, 2009
PIBG boleh hasilkan produk pelajar berkualiti - Snowdan

Mugshot: SNOWDAN DONALD LAWAN

PANTU, Sabtu (11 Julai) – Produk generasi pelajar yang berkualiti hanya dapat dihasilkan sekiranya ibubapa dan guru menerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) berkongsi maklumat mengenai pendidikan semasa serta method bagi mempertingkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Motivasi Ibubapa dan Murid 2009 bertempat Sekolah Kebangsaan (SK) Aping, dalam kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.


“PIBG adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah kerana fungsinya ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.


“Kita mahu ibubapa dan guru menerusi pertubuhan ini dapat menyumbang kepada penghasilan produk pelajar yang kompeten dalam sains, teknologi, inovatif serta mampu bersaing di pasaran global, berdikari, kreatif serta kebolehan pasaran dalam apa jua bidang diceburi pada masa akan datang,” katanya.


Selain itu peningkatan dan pertambahan kadar kes jenayah disebabkan oleh masalah sosial dikalangan belia pada masa sekarang menurut beliau juga nyata amat membimbangkan.


Ini kerana menurut Snowdan belia adalah merupakan permata negara di masa akan datang dan ia memerlukan tindakan segera pihak PIBG untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih positif bagi menangani gejala tersebut.


“Satu pelan bertindak yang holistik dan realistik diperlukan agar perubahan dan pembaharuan dapat dilakukan melalui kaedah, formula dan method terbaik dan paling berkesan.


“Untuk itu, penglibatan dan kerjasama daripada semua pihak adalah amat perlu bagi mengatasi masalah sosial dikalangan belia yang turut menyumbang kepada peningkatan kes jenayah di negara ini,” katanya.


Snowdan menerusi majlis itu kemudiannya mengumumkan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Aping.


Hadir sama ialah Pengerusi Guru-Guru Besar Zon Pantu, Isa bin Reff, Guru Besar SK Aping, Iman Haji Joni, Yang Dipertua PIBG SK Aping, Johnny anak Lumie dan Setiausaha Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.25 Balai Ringin, Abah Unggie.

Anak muda harus hindari anasir jahat kata Masir

19 October, 2009
Anak muda harus hindari anasir jahat kata Masir

PANTU, Isnin (19 Okt) – Anak muda harus menjauhkan diri daripada anasir-anasir jahat yang boleh menggugat masa depan hidup mereka, demikian nasihat Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Penglibatan anak-anak muda dalam aktiviti jenayah dan kurang bermoral akibat pengaruh anasir jahat selama ini menurut beliau nyata amat membimbangkan semua pihak yang mahu agar golongan itu menjadi barisan pemimpin pembangunan negara di masa akan datang.

“Anak muda adalah permata negara di masa akan datang. Jika masalah pembabitan anak-anak muda dalam jenayah makin berleluasa maka dikhuatiri bahawa negara bakal menghadapi masalah kekurangan modal insan berkualiti di masa akan datang

“Justeru adalah menjadi peranan semua pihak terutamanya pihak ibubapa dan guru untuk memantau perkembangan aktiviti anak-anak terutama sekali ketika mereka berada di luar rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Zon Pantu bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Martin, Lancau dalam kawasan daerah Pantu, Sri Aman pada hari Jumaat lalu.

Selain itu Masir juga menyarankan agar setiap keluarga di Sri Aman ini untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang berijazah bagi memantapkan lagi proses pembangunan negara selepas ini.

“Semakin ramai semakin baik. Oleh itu saya berharap agar negara tidak ketandusan golongan generasi baru yang berkualiti sekiranya setiap keluarga masing-masing memiliki ahli keluarga berijazah di masa hadapan,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiai, Yang Dipertua PIBG SK Saint Martin, Rentap Asin, Guru Besar SK Saint Martin, John Asir, Ketua Unit HEM Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman, Mohd Yusop Lugom dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Sri Aman, Louis Aom.

Sekolah Kebangsaan Pantu muncul sebagai juara Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Zon Pantu ini. Kedudukan naib johan pula telah disandang oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Bangkong, Pantu manakala tempat ke-3 dana ke-4 dalam kejohanan ini masing-masing disandang oleh SK Jaong dan SK Selanjan.

Prasekolah SK Munggu Bringin 2009

Pasar Lachau, Sri Aman (14.10.2009)

Thursday, October 22, 2009

Penutupan Sementara Portal engkabang.net

Penutupan Sementara Portal engkabang.net

posted a minute ago‎ by Webmaster 07 Dukacita dimaklumkan bahawa engkabang.net telah ditutupkan secara paksa oleh web hosting kerana penggunaannya yang berat sehingga menganggu pelayan yang hoskan engkabang.net

Pada masa sekarang kita sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Sila bersabar dan sentiasa menyokong engkabang.net

Saturday, October 17, 2009

Lari laju-laju (Olahraga Zon Pantu)


Pegawai pelepas memeriksa barisan atlit

Ke garisan , sedia , pap , lari


Tarian Ngajat dan Penyampaian Cenderahati



Pelajar SK St. Martin mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Iban iaitu Tarian Ngajat.


YDP PIBG SK St. Martin menyampaikan cenderahati kepada YB Tuan Masir Kujat


En. John Asir menyampaikan cenderahati kepada Tuan PPD Sri Aman.

Bahawasanya Kami Berikrar, Bendera Kejohanan dan Nyalaan Obor kejohanan



Acara Perasmian Olahraga Zon Pantu 2009


Ucapan alu-aluan GB St. Martin merangkap pengerusi jawatankuasa pengelola Olahraga Zon PantuUcapan oleh En. Walter Lamat (PPD Sri Aman)

Ucapan Perasmian oleh YB Tuan Masir Kujat


Kontinjen Sekolah dan Guru serta ibubapa memberi perhatian semasa acara perasmian berlangsung

Olahraga Zon Pantu 2009/SK St. Martin (16.10.09) 2

Perarakkan Kontinjen masuk ke padang

Tabik Hormat

YB Tuan Masir menerima lintas hormat dari kontinjen yang mengambil bahagian
Semua kontinjen berkumpul di hadapan pentas utama untuk acara perasmian olahraga Zon Pantu

Di Bawah Naungan Astaka

Dari kiri: YB Tuan Masir Kujat (P202 Sri Aman), En. Walter Lamat Kiyai (PPD Sri Aman), En. Wan Naruddin (GB SK Keranggas merangkap Naib Pengerusi MGB Zon Pantu), En. Yusop Lugom (Penyelia UPPK PPD SA).
YB Masir dan En. Walter sedang berbicara sambil diperhatikan oleh En. Wan Naruddin
Dari kiri : En. John Asir (GB SK St. Martin) bersama YB Masir menumpukan perhatian semasa acara olahraga dilangsungkan.
YB Masir Kujat dari dekat.
Tengok apa tu Tuan PPD

Kontinjen SK Munggu Bringin

Ibubapa pelajar juga turun memberi sokongan moral kepada atlet SKMB
Maskot SK Munggu Bringin dari pandangan belakang
Kontinjen SK Munggu Bringin 2009
Bersedia untuk berjuang "Agi Idup Agi Ngelaban"

En. Inting Nyameng selaku juruletih sedang mengatur strategi. Rilek bro, jangan serius sangat.

Kontinjen Sekolah - Olahraga Zon Pantu (2)

SK Aping - Belum lari dah penat
SK Selanjan - Senyum semua, alamak bateri abis la pulak
SJK (C) Chung Hua Pantu - isyarat tanda kalah
SK Abok - ingat nanti lari laju-laju
SK Pantu - saya pun nak lari juga cikgu

Kontinjen Sekolah - Olahraga Zon Pantu (1)

SJK (C) Chung Hua Bangkong
SK Jaong
SK St. Leo Gayau
SK Keranggas
SK St. Martin